BEBASKAN KONGKONGAN AKHBAR UNTUK TINGKATKAN INDEKS AKHBAR MALAYSIA

Tinggalkan komen

Oktober 21, 2010 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kedudukan Malaysia yang jatuh sepuluh anak tangga kepada kedudukan 141 daripada 178 buah negara keseluruhan bagi Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010. Sedangkan di tahun lepas, Malaysia menduduki tempat ke 131.

Kejatuhan ranking Indeks Kebebesan Akhbar di Malaysia menunjukkan bahawa negara Malaysia belum benar-benar menikmat demokrasi tulen seperti mana yang dimomokkan oleh UMNO-BN selama ini. Ini dibuktikan dengan pelbagai tekanan yang dikenakan terhadap rakyat khususnya pembangkang. Kebebasan bersuara, berhimpun, menulis dan menerbit dikawal sedemikian rupa agar rakyat tidak mendapat akses yang cukup terhadap maklumat alternatif. Ditambah dengan pelbagai akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), dan lain-lain lagi merupakan ugutan rasmi kepada rakyat khususnya media.

Justeru, tidak hairanlah kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia jatuh merudum. Akhbar rasmi negara dikawal agar menerbitkan pandangan dari pihak kerajaan UMNO-BN serta berita-berita dari UMNO-BN sahaja (sepertimana liputan meluas akhbar dan media rasmi terhadap Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun).

Sedangkan akhbar rasmi negara seharusnya dimiliki oleh kerajaan dan rakyat yang bebas dari kongkongan politik.

DPPWP mengajak kerajaan UMNO-BN mencontohi negara maju yang telah mengamalkan demokrasi yang sihat. Negara seperti Finland, Iceland, Belanda, Norway, Sweden dan Switzerland adalah contoh negara yang berada di kedudukan teratas dari sudut kebebasan akhbar mereka. Media mereka tidak terikat oleh tekanan kerajaan. Bahkan mereka mampu mengkritik Presiden atau Perdana Menteri mereka terhadap sesuatu polisi dan dasar. Selain itu, negara seperti Indonesia yang baru pulih dari rejim Suharto tahun 1998, mampu untuk memperbaiki kedudukan mereka dengan berada di kedudukan ke 117. Media Indonesia diberikan kebebasan untuk membuat liputan parti-parti serta tokoh yang akan bertanding dalam Pilihanraya Umum mereka, sesuatu yang tidak pernah dirasai oleh Malaysia.

DPPWP menegaskan sekiranya Malaysia ingin pulih dan naik ke ranking yang tertinggi bagi Indeks Kebebasan Akhbar Dunia, akhbar dan media di Malaysia perlu dipulihkan serta dibebaskan dari kongkongan politik kepartian. Berikan kebebasan seluas-luasnya kepada akhbar untuk bertemu, menemuramah, dialog, memberi komentar, pandangan serta liputan terhadap semua parti politik dan tokoh-tokoh mereka. Program seperti Muktamar PAS serta Kongress PKR dan DAP perlu mendapat tempat agar rakyat tahu perkembangan aktiviti semasa parti yang bertanding dalam Pilihanraya. Selain itu, semasa pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, kerajaan tidak wajar menyekat media dan akhbar untuk membuat liputan terhadap semua parti politik. DPPWP percaya rakyat semakin bijak menentukan masa depan mereka serta menilai parti-parti politik yang mereka sokong. Sikap mengongkong dan menyekat media serta akhbar adalah tindakan terkebelakang yang hanya dilakukan oleh rejim yang zalim serta tindakan ‘desparado’ demi mengekalkan kemenangan pemerintah.

Disediakan oleh

FADHIL OSMAN

KETUA PENERANGAN

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Oktober 2010
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: