DATIN SERI ROSMAH MANSOR PERLU BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PENGANJURAN FESTIVAL ISLAM YANG MENGHINA ISLAM!

1

Oktober 22, 2010 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal di atas penganjuran Festival Fesyen Islam (IFF) yang berlangsung pada 09 Ogos ’10 di Monte Carlo. DPPWP merasakan penganjuran festival fesyen ini secara jelasnya adalah usaha menghina agama Islam itu sendiri.

Sesungguhnya IFF yang dianjurkan itu sama tarafnya dengan festival fesyen di barat bahkan mungkin lebih teruk lagi. Dengan wanita-wanita yang berpakaian seksi dan hampir telanjang, sudah tentu imej Malaysia sebagai sebuah negara umat Islam tercalar.

DPPWP merasa kecewa kerana penganjur langsung tidak menjaga sensitiviti agama Islam khususnya penganut agama Islam. Kalaulah niat dan tujuannya untuk menonjolkan syiar dan syariat Islam, mengapa perlu peraga-peraga fesyen memakai pakaian yang menjolok mata. Sedangkan Islam secara tegas menjaga persoalan aurat umatnya khususnya golongan wanita. DPPWP mempersoalkan, apakah nilai Islam yang hendak ditonjolkan hasil dari IFF itu. Apakah mesej yang hendak disampaikan khususnya kepada golongan anak-anak muda di Malaysia selain dari memberi kesan negatif terhadap gejala sosial yang semakin parah.

Lebih dikesalkan lagi, ada model yang memakai baju yang bertulis nama Rasulullah SAW dalam keadaan terbalik dan diletakkan di dada wanita yang tidak menutup aurat. DPPWP merasakan ada tujuan dari pihak tertentu yang mahu menghina Rasulullah SAW dan agama Islam itu sendiri. Lebih menyedihkan, ia dilakukan di dalam negara umat Islam seperti Malaysia dan direstui oleh isteri Perdana Menteri sendiri.

DPPWP dengan ini meminta penjelasan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir Bin Baharom berhubung penganjuran festival ini. DPPWP juga mendesak Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung Festival ini bertanggungjawab dan meminta maaf kepada semua umat Islam di Malaysia di atas penganjuran festival maksiat ini. DPPWP juga memberi amaran kepada pihak kerajaan khususnya yang menjaga hal ehwal umat Islam agar perkara sebegini tidak berlaku di masa-masa akan datang.

Disediakan oleh;

FADHIL OSMAN

KETUA PENERANGAN

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

Advertisements

One thought on “DATIN SERI ROSMAH MANSOR PERLU BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PENGANJURAN FESTIVAL ISLAM YANG MENGHINA ISLAM!

  1. fital latif berkata:

    bernas..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Oktober 2010
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: