ETP Bakal Runtuhkan Kerajaan BN

Tinggalkan komen

Oktober 27, 2010 oleh ruslyislam


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) beri amaran kepada Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mensasarkan untuk mewujudkan lebih banyak pusat hiburan dan penganjuran lebih banyak acara besar termasuk konsert dinegara ini atas alasan mahu menjana ekonomi baru negara menjelang 2020.

DPPWP melihat bahawa Kerajaan Najib kini tertekan dengan kelembapan aktiviti ekonomi semasa yang dijangka bakal mengagalkan wawasan 2020 yang digagaskan oleh Tun Mahathir.
Lebih malang lagi, langkah proaktif yang cuba diambil melalui ETP ini tersasar dari harapan rakyat yang mahukan lebih banyak program yang membina budidaya rakyat hari ini agar tidak terhakis dengan begitu banyaknya kemajuan yang dinikmati.

Cadangan bagi mewujudkan lebih banyak pusat hiburan malam seperti kelab malam, pusat perjudian berprofail tinggi serta aktiviti konsert antarabangsa dan pertandingan F1-MotoGP bakal memberikan kesan yang buruk kepada institusi sosial serta merosakan teras identiti industri pelancongan dinegara ini.

Selama ini, Malaysia dikenali dengan industri pelancongan alam semulajadi dan kemesraan rakyatnya. Tetapi bila pusat hiburan, perjudian, spa (rumah urut moden) dan konsert diperbanyakan maka, hala tuju industri pelancongan juga akan berubah.Kenapa kita mahu jadi seperti Thailand, Indonesia dan Singapura yang begitu bergantung dengan industri hiburan untuk meningkatkan ekonomi mereka. Tindakan Kerajaan ini hanya memwujudkan persaingan yang lebih sukar buat negara ini dalam sektor pelancongan ASEAN kerana pelancong tidak melihat sebarang kelainan antara negara ini dan negara lain.

Pelancong datang ke negara ini mahu berehat dan menikmati perkara-perkara yang tiada dalam negara mereka. Jika sebut pasal konsert, kelab malam, pusat perjudian dan spa semua itu ada dinegara mereka, malah lebih banyak dan lebih canggih lagi.

DPPWP kesal kerana Kerajaan tidak mengambil kira sensitiviti rakyat yang sudah jelas menolak cadangan memperbanyakan kelab malam dan aktiviti hiburan dalam negara. Rekod jenayah pelacuran, dadah dan juga gejala sosial negara ini sudah cukup untuk memberitahu kerajaan bahawa pusat hiburan inilah puncanya.

Nampaknya Najib belum benar-benar sedar walaupun Perhimpunan Agung Umno baru habis minggu lepas. Mujurlah ETP diumumkan selepas Perhimpunan Agung itu jika tidak teruk Najib dikerjakan oleh perwakilan Umno yang turut marah kerana menurunkan syarat ekuiti pelaburan asing untuk bumiputra kepada 12 peratus dan banyak merugikan rakyat.

DPPWP melihat bahawa ETP ini bakal menjadi salah satu gagasan yang bakal meruntuhkan Kerajaan BN selepas begitu banyaknya pengkhianatan ekonomi yang cuba digarap dalam pelbagai segmen tranformasi Najib.

Seperti kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma’amor Osman “kita tunggu pilihanraya”. DPPWP yakin rakyat akan terus melihat apa yang Najib cuba lakukan, dan pilihanraya ke-13 adalah masa terbaik untuk membuat rakyat perubahan dan mengembalikan semula identiti sosial, ekonomi dan keharmonian politik dalam negara ini.

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Oktober 2010
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: