Pemuda PAS mahu Jakim jadi kementerian

Tinggalkan komen

Oktober 27, 2010 oleh ruslyislam


Harakahdaily

PUTRAJAYA, 27 Okt: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menghantar memorandum kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membantah program-program mungkar yang telah berlaku di dalam negara.

Pemangku Ketua DPPWP, Herman Samsudin yang mengetuai delegasi tersebut mencadangkan agar JAKIM diangkat menjadi sebuah kementerian agar boleh membuat penguatkuasaan bagi mengawal program-program itu.

Memorandum diterima oleh Pegawai Perhubungan JAKIM, Puan Asiah Al-Kharib Shah di luar pejabat Ketua Pengarah JAKIM, di sini.

Menurut Herman, JAKIM dilihat tidak mempunyai kuasa bagi menghentikan sebarang program yang menyalahi etika Islam dan budaya timur di dalam masyarakat.

“Kita jumpa PUSPAL (Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara) dia bagi tahu JAKIM antara yang terlibat dalam jawatankuasa meluluskan konsert Adam Lambert baru-baru ini antaranya ialah JAKIM,” kata Herman.

Malangnya, kata beliau program-program mungkar tetap berjalan tanpa ada pemantauan dari pihak yang berwajib seperti JAKIM.

Ditanya mengenai pelan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan, Herman bersetuju tetapi hiburan itu mestilah sesuai.

DPPWP memuji sekiranya artis seperti Maher Zain ditonjolkan dan dijadikan ikon anak muda dalam membudayakan imej yang positif.

Herman berharap program Festival Fesyen Muslim (IFF) yang bakal diadakan di Malaysia pada awal November ini betul-betul bertepatan dengan ciri-ciri Islam.

Di dalam memorandum yang dihantar, DPPWP mahu JAKIM mengambil peranan secara bersungguh-sungguh serta melibatkan secara langsung sebagai penasihat syariah terhadap mana-mana program rasmi yang dianjurkan di dalam negara.

DPPWP juga berharap JAKIM dapat mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana program yang berlaku dalam negara.

Dua program mungkar iaitu Konsert Adam Lambert dan Islamic Fashion Festival (IFF) di Monte Carlo menunjukkan program-program itu tidak dipantau oleh pihak sepatutnya.

Turut menyertai rombongan tersebut, Naib Ketua DPPWP, Suhaimi Abd Aziz, Kamarul Arif Ambak selaku SU, Wakil Ulamak Pelapis, Ustaz Adha Buyong dan Exco DPPWP, Asrul Afendi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Oktober 2010
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: