ETP bakal hancurkan generasi muda

1

Oktober 28, 2010 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP)  membantah sekeras-kerasnya tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan. Tindakan ini menurut Datuk Seri Najib adalah untuk memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“DPPWP terkejut kerana kerajaan sanggup mengenepikan sentimen rakyat khususnya umat Islam dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP” kata Sdr. Fadhil Osman selaku Ketua Penerangan DPPWP.

EPP seperti yang dilaporkan akan menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu. Langkah kerajaan ini akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Dikatakan menjelang tahun 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan.

“Dalam hal ini DPPWP mempersoalkan apakah Perdana Menteri mahu rakyat Malaysia hidup dengan bercandukan hiburan, hidup dan mati di dalam kelab malam yang bakal bercambah di mana-mana. Apakah Perdana Menteri dan kerajaan tidak sedar bahawa pengaruh kelab malam dalam merancakkan industri maksiat yang mendorong perlakuan zina, sumbang mahram, rogol, minum arak, dadah, pelacuran, rogol dan lain-lain lagi. Isu pembuangan bayi, remaja mengandung tanpa nikah, seks bebas masih belum selesai akan tetapi Perdana Menteri mahu menambah koleksi dosa terhadap rakyat Malaysia” tambah beliau lagi.

Kerajaan juga seakan tidak sensitif tentang isu halal dan haram dengan menggunakan hasil pendapatan dari kelab malam yang dikatakan akan meraih sebanyak RM 0.7 billion pada tahun 2020 dan menggajikan 5,614 pekerja. Kerajaan seakan sudah buntu bagaimana untuk meraih pendapatan negara serta menarik pelancong ke Malaysia, justeru terpaksa merancakkan penubuhan kelab-kelab malam. 

Selain itu, DPPWP merasa skeptikel dengan langkah kerajaan yang mahu melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa. Dengan beberapa syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) seperti penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu, menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsan, ia menambah keraguan siapakah artis yang akan dibawa masuk ke Malaysia.

Rakyat sudah serik dengan penampilan artis simbol seks seperti Avril Lavigne, Rihanna serta Adam Lambert ikon gay yang membuat persembahan baru-baru ini. Ingatlah bahawa populariti artis tidak menjamin kebaikan untuk rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda.

Akhir sekali DPPWP mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan agar mengambil kira  faktor perkembangan generasi muda dalam memacu negara. Jangan hanya melihat kepada keuntungan semata-mata, aspek pendidikan generasi muda dikorbankan. “DPPWP juga memberi amaran bahawa tindakan ini bakal menyemarakkan sentimen kebencian rakyat kepada UMNO-BN dan sudah sampai masanya rakyat menghukum kerajaan UMNO-BN dalam PRU ke 13 kerana UMNO-BN hanya faham bahasa undi” kata Sdr.Fadhil mengakhiri perbualan.

Advertisements

One thought on “ETP bakal hancurkan generasi muda

  1. ati berkata:

    astaghfirullahal’azim……sedar2lah wahai phk atsan…bykkn mngingti ALLAH..kta hdp d dnia ni hnya smntra..siapalh kta d dunia ni..kjyaan, kkyaan, tingginya pngkat kita, sgla2 dtntukan oleh-Nya..klu ALLAH mnrunkan azab-Nya, hncurlah sumanya…BANGKITLAH!!!BANGUNLAH!!!whai umat ISLAM!!!!!perjuangkan agama kita….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Oktober 2010
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: