AMARAN UNTUK UMNO : JANGAN BERMAIN KOTOR DI GALAS!

Tinggalkan komen

Oktober 30, 2010 oleh ruslyislam


 

Khairul Faizi Ahmad Kamil

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) merasa kesal kerana UMNO- BN menggunakan taktik kotor sebagai bahan kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas bagi mendapatkan undi. DPPP melihat taktik ini adalah usaha golongan terdesak atau desperado yang mahu mendapatkan kemenangan bagi mengembalikan momentum rakyat sebagai persiapan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

 

Pemimpin UMNO-BN seakan melupakan soal dosa dan pahala apabila cuba memfitnah calon PAS Dr. Zulkifli Mohamad dengan memainkan isu beliau ditangkap khalwat. Sedangkan DPPP menegaskan isu itu tidak pernah timbul dan hanya bersifat fitnah semata-mata kerana Dr. Zulkifli Mohamad tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kes khalwat.

Selain itu, DPPP merasa kecewa apabila UMNO-BN sekali lagi memainkan isu agama apabila cuba melaga-lagakan antara PAS dan DAP. Ini adalah usaha lapuk bagi menjarakkan pengundi khususnya yang beragama Islam daripada PAS dan DAP. Isu DAP “Harbi” seperti yang dislogankan sebenarnya tidak lain hanya mainan kotor pemimpin UMNO.

Lupakah UMNO bahawa mereka berkawan sejak sekian lama dengan MCA, MIC dan Gerakan, tidakkah mereka juga adalah sekutu kuat UMNO. Mengapa mereka juga tidak gelarkan MCA, MIC dan Gerakan Harbi sepertimana mereka gelarkan terhadap DAP? Meskipun PAS berkawan dengan DAP dan berada dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak sesekali menjual prinsip yang asas iaitu menegakkan sebuah negara Islam. DAP mengenali PAS sebagai sebuah Parti Islam dan menghormatinya sepertimana PAS menghormati DAP.

UMNO juga tidak layak bercakap soal agama kerana merekalah yang merosakkan nilai agama dalam negara kita. Dengan penganjuran konsert Adam Lambert, Festival Fesyen Islam, dan yang terbaru isu ETP (Pelan Transformasi Ekonomi) dimana hiburan dan kelab-kelab malam akan bertambah adalah petunjuk bahawa pemimpin UMNO tidak layak bercakap soal agama Islam. UMNO sepatutnya sedar bahawa selama 53 tahun merdeka, Islam tidak dimartabatkan, sebaliknya diruntuhkan.

Justeru, DPPP mengingatkan sekiranya UMNO mahu berkempen di PRK Dun Galas, berkempenlah cara bersih dan sihat. Berkempen dengan cara memburukkan peribadi calon sehingga membawa fitnah adalah cara yang bacul dan penakut. Rakyat dan pengundi DUN Galas sendiri mengenali Dr. Zulkifli Mohamad lebih dari UMNO mengenali beliau.

 

Khairul Faizi Ahmad Kamil

Setiausaha DPPP

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Oktober 2010
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: