Idea ETP Najib Beri Ilham MCA Bida Syarikat Perjudian

Tinggalkan komen

November 11, 2010 oleh pemudawilayah


By HermanSamsudeen


Belum pun sampai sebulan Najib mengumumkan Pelan Tranformasi Ekonomi Negara (ETP), MCA sudah dikhabarkan sedang membida bagi mendapatkan saham syarikat perjudian Tanjong Plc yang bernilai sekitar RM2.5 bilion.

Dalam rangka pelan ETP fasa pertama, dibawah tajuk ‘Pelancongan’, Najib mengagaskan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat tumpuan pelancongan hiburan (Hub Hiburan) dengan membina lebih banyak kelab malam, spa dan juga pusat hiburan lain termasuk pusat perjudian.

Genting Highlands, Bukit Tinggi, Karambunai dan beberapa tempat lain bakal dijadikan pusat hiburan dan kasino antarabangsa.


Peluang ini dilihat dengan pantas oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek bagi meraihkan keuntungan yang lebih besar untuk kegunaan parti itu. Menurut malaysian Insider, MCA telah menjual pegangannya dalam sayap pelaburan Huaren Holdings Sdn Bhd, yang melepaskan 42.4 peratus pegangannya dalam Star Publications (M) Bhd, yang menerbitkan The Star, pada nilai RM1.28 bilion baru-baru ini.

MCA dikatakan sanggup melepaskan kepentingannya yang berprestasi tinggi dalam The Star untuk memperolehi dana yang lebih besar untuk membida. Langkah penjualan ini pastilah didorong oleh peluang yang lebih diyakini mereka untuk meraih untung segera dengan bergandingan bersama Vincent Tan, Ananda Krishnan serta keluarga Cheng untuk menguasai perniagaan perjudian terbesar dinegara ini dalam Tanjong Plc.

Beginilah sikap sebenar kepimpinan BN. Umno cipta dasar dan luluskannya. Kemudian parti-parti komponennya terjun beramai-ramai merebut peluang dan keuntungan tanpa mengira soal halal dan haram.

Untung nasib rakyat, akan terus tergadai dengan BN terus memporak perandakan sistem sosial demi meraih keuntungan ekonomi dalam jangka masa singkat. Jika perkara ini tidak diambil peduli, ETP akan memainkan peranannya untuk merintis langkah menglobalkan industri perjudian dalam negara dan seterusnya menjadikan negara ini sebagai sarang penjenayah seperti Ah Long dan juga sindiket perjudian haram.

Semakin banyak pusat perjudian, maka makin banyaklah masalah sosial akan tumbuh. Dan hasil Kerajaan dari dana haram ini pula akan digunakan bagi membina bangunan-bangunan murah yang senang roboh atau dijadikan dana kempen untuk BN terus berkuasa.

Dan rakyat akan terus hidup dalam kesusahan kerana kerajaan yang ada memerintah dengan dana yang tidak berkat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

November 2010
I S R K J S A
« Okt   Dis »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: