LAPORAN AUDIT, SPRM MESTI BERANI BERTINDAK KEPADA JERUNG.

Tinggalkan komen

November 14, 2010 oleh pemudawilayah


Parti Islam Se-Malaysia PAS mengalu-ngalukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  akan menyiasat 15 kes berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara 2009, termasuk yang melibatkan di Kementerian Pertahanan sebanyak RM310, 000 untuk persiapan bilik VVIP di bawah Pakej Ransangan Ekonomi. Antara pembeliannya set lampu (chandelier) RM10 000, home theatre RM12,000, kertas dinding (wallpaper) RM95,800 dan set sofa RM13,000.

Setiap kali laporan audit dikeluarkan menyebabkan rakyat yang prihatin sesak dada kerana memikirkan bagaimana wang negara dibelanjakan semacam harta emak bapa mereka, tanpa memikirkan rakyat yang masih ramai menderita. Kita tentu masih ingat bagaimana pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang perbedaan ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa peralatan Institut Kemahiran Belia Negara (KBN) .Ramai terkejut  bagaimana harga set screwdriver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 kerusi RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).

Lebih menarik  lagi apabila pihak Audit tahun 2006 tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan 6 buah kapal peronda (Petrol Vessel – PV) Tentera Laut Diraja Malaysia  yang berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan. Kos membina 6 buah PV ini ialah RM5.35 bilion. Baucer yang hilang bukan bernilai RM10, tetapi hampir RM1 bilion. Jika pegawai kerajaan yang buat tuntutan tol sebanyak RM 3 pun perlukan dokumen, tiba-tiba wang rakyat sebanyak RM 1 bilion  diberi kepada kontraktor tanpa dokumen. Apa sudah jadi dengan negara kita?

PAS berpendapat apa makna laporan audit yang saban tahun melaporkan cukup baik, malangnya yang memimpin negara tidak sensitif untuk memperbaiki  penyelewengan. Sebab itu dalam laporan audit negara 2008 melaporkan berlaku ketirisan sebanyak RM 28 bilion. PAS mengharapkan supaya SPRM perlu bertegas dan mengharapkan supaya mereka yang bertanggungjawab atas kewangan awam mesti diheret ke pengadilan, termasuklah jerung yang bertaraf menteri. Pegawai tidak akan berani buat tanpa arahan orang atasan.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

November 2010
I S R K J S A
« Okt   Dis »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: