PERUTUSAN SEMPENA AWAL MUHARRAM

Tinggalkan komen

Disember 6, 2010 oleh pemudawilayah


PERUTUSAN SEMPENA AWAL MUHARRAM

” HIJRAH  MEMBENTUK KEADILAN ISLAM UNTUK SEMUA”
(7 Disember 2010 / 1 Muharram 1432)

Firman Allah SWT:
“Sehingga apabila RAsul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah didustakan, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. Dan (ingatlah bahawa) azab kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa” (Surah Yusuf : ayat 110)

Sempena sambutan Maal Hijrah – Awal Muharram 1432, saya mengucapkan Selamat manyambut Hijratul Rasul 1432. Ingatlah dengan usia yang semakin meningkat ini mendekatkan diri kepada kematian, menjadikan diri semakin tua, melemahkan segala sendiri dan tubuh, dan mendekatkan kita dengan hari pembalasan. Maka marilah kita bersama mendekatkan diri kepada Allah SWT, Tuhan sekalian alam dengan segala ketaqwaan kita.

Peristiwa Hijrah Nabi SAW membawa lembaran baru dalam sejarah, dengan membuka jalan kepada kemenangan Islam yang unggul. Selama seribu empat ratus tiga puluh dua tahun Nabi SAW meninggalkan kita, dan masih hijau segar lagi dalam diri kita sirah baginda seakan Nabi SAW masih hidup di kalangan kita. Masih teringat dan terimbau dalam diri kita bagaimana dengan keringat, air mata dan darah, Nabi SAW menyampaikan Islam dengan penuh kesulitan. Dengan sabar dan tawakkal, Islam tersirna di bumi Madinah, dan kemudiannya Makkah, hingga akhirnya jauh dari timur ke barat -Islam menyimbahi cahayanya.

Hijrah tidak hadir tanpa pengorbanan, jihad, kesabaran, kesetiaan serta sikap optimis terhadap kemenangan Islam. Hijrah yang dituntut dalam diri kita pada hari ini adalah dengan membuang segala sifat mazmumah dan digantikan dengan mahmudah. Sombong dengan kekayaan digantikan dengan tawaddhu’, mencintai dunia digantikan dengan mencintai akhirat, maksiat digantikan dengan ibadat, sombong dengan pangkat digantikan dengan merendah diri kepada rakyat, rasuah digantikan dengan amanah, hipokrasi digantikan dengan ikhlas, membazir digantikan dengan berjimat cermat, mementingkan diri digantikan dengan sikap ambil berat dan bertoleransi, menzalimi rakyat ditukar kepada berlaku adil kepada semua, berbangga dengan bangsa ditukar kepada bangga kepada Islam, dan lain-lain lagi.

Tahun baru 1432 ini perlu kita persiapkan dengan kesungguhan  bagi membina kekuatan diri kita menjadikan diri sebagai insan soleh / solehah disamping berusaha menjadikan masyarakat dan negara kita sebagai golongan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Semoga tahun baru ini mengubah diri kita lebih baik dari tahun sebelumnya.

Salam Hijrah 1432.

 

Akhukum fil Islam;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2010
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: