SOKONG GAJI PEMANDU BAS DINAIKKAN

Tinggalkan komen

Disember 6, 2010 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong saranan Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) yang meminta kerajaan agar menimbang untuk menetapkan gaji minimum semua pemandu bas pada RM 1,200 sebulan. DPPWP difahamkan bahawa gaji pemandu bas sekarang hanya mencecah RM 300 sebulan dengan mendapat  komisen tambahan bergantung kepada jumlah trip perjalanan.

DPPWP menyokong kenaikan gaji pemandu bas bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan tanpa tekanan. Dengan gaji sedemikian, sekurang-kurangnya pemandu bas mampu mengatur jadual perjalanan mereka tanpa terkejar-kejar dengan trip perjalanan semata-mata mahu mendapatkan komisen lebih.

Dalam keadaan nilai serendah RM 300 sebulan seperti sekarang, pemandu bas akan tertekan dan berusaha mendapatkan trip perjalanan lebih bagi menampung pendapatan mereka. Kesannya, pemandu bas keletihan dan keselamatan penumpang tidak terjamin. Inilah antara sebab berlakunya kemalangan maut yang berpunca dari pemandu yang letih dan tertidur sewaktu memandu. Selain itu, nilai RM 300 sebulan adalah sangat kecil dan tidak memadai buat menampung kehidupan terlebih lagi sekiranya mereka telah berkeluarga. Kesan sosial adalah keluarga mereka terabai, rumahtangga yang goyah, kemiskinan dan melarat, membawa kepada perlakuan jenayah. Selain itu, dengan kenaikan harga barang, harga petrol dan lain-lain keperluan asas, sudah tentu pemandu bas memerlukan pendapatan lebih bagi menampung kos hidup mereka

Disamping itu, DPPWP juga turut menyarankan agar pemandu bas diberikan pelbagai kemudahan lain seperti elaun tambahan, kemudahan hospitaliti, caruman takaful, biasiswa pendidikan anak-anak dan lain-lain lagi. Pemandu bas wajar menikmati kemudahan seperti yang diperolehi oleh pekerja di sektor kerajaan memandangkan risiko yang terpaksa mereka ambil semasa memandu kenderaan. Akhir sekali, DPPWP mengharapkan kerajaan menerima cadangan Persatuan Pemandu Bas Semananjung Malaysia (PPBSM) bagi memberi keselasaan kepada rakyat. Ingatlah slogan kerajaan bahawa “Rakyat Didahulukan”, maka inilah masanya kerajaan mengotakannya!

Disediakan oleh

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Naib Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Disember 2010
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: