Surau Al Falah diroboh Kerana Umno Gagal Kuasai

Tinggalkan komen

Disember 10, 2010 oleh pemudawilayah


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pas Lembah Pantai tidak menolak usaha pihak berkuasa hendak meroboh surau Al Falah di Pantai Dalam kerana unsur-unsur politik kepartian yang dibawa oleh Umno yang dikatakan gagal untuk menguasai surau tersebut.

Yang Dipertua Pas Lembah Pantai, Adlin Soleh berkata, pihaknya percaya cadangan untuk merobohkan surau Al Falah timbul ekoran rasa tidak senang pemimpin Umno selepas gagal mengusai Surau tersebut melalui usaha Ketua Umno Lembah Pantai, Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mahu menubuhkan ‘Muafakat Masjid dan Surau Lembah Pantai’.

Sehubungan itu kata Adlin, PAS Lembah Pantai memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional untuk berhadapan dengan tindakan lebih tegas daripada rakyat khususnya dalam pilihan raya akan datang sekiranya usaha meroboh surau itu diteruskan.

“Isu ini perlu ditangani segera atau hadapi tindakan rakyat,” katanya.

Sementara itu Pemuda Pas Lembah Pantai mempersoalkan suara-suara ‘orang politik’ parti lawan yang mengatakan surau Al Falah sebagai surau Pas kerana ramai orang Pas bersolat di situ.

“Apakah salah orang Pas memenuhi mana-mana masjid atau surau di negara ini sehingga tergamak hendak merobohkannya. Pelik dalam sebuah negara yang pemimpinnya beragama Islam, adanya halangan kepada orang Islam yang berlainan parti politik mereka untuk mengimarahkan masjid,” kata ketua Pemuda PAS Lembah Pantai, Nasaie Ismail.

Beliau juga mendakwa pihaknya telah mengenalpasti adanya pengaruh-pengaruh politik dalam arahan perobohan oleh DBKL ke atas surau tersebut.

Antaranya kata beliau, terbukti apabila pihak surau menghantar memorundum dan ingin mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah, mereka telah diminta hadir ke pejabat Umno Lembah Pantai kerana Umno akan memanggil DBKL, Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan pihak pemaju bagi berunding di pejabat Umno.

“Pas mempersoalkan kenapa perlu campur tangan Umno dalam urusan DBKL dan Jawi ini. Jelas ada unsur politik dalam usaha mereka,” kata Nasaie.

Pemuda Pas Lembah Pantai juga mempersoalkan Raja Nong Chik yang kerap mengadakan majlis politik berlogokan Umno di beberapa masjid di Lembah Pantai.

“Lebih baik Umno melihat diri sendiri dahulu sebelum menghukum rakyat. Saya harap Menteri Wilayah tersebut kerap solat berjemaah di masjid dan surau di Lembah Pantai dan duduk mendengar kuliah-kuliah agama daripada sibuk berpolitik menggunakan masjid,” katanya.

Isu surau Al Falah timbul apabila DBKL mengeluarkan notis untuk merobohkan surau tersebut bertarikh 10 November lalu untuk tujuan pembangunan.

Ekoran notis itu, kira-kira 80 ahli kariah surau tersebut yang bimbang surau itu akan dirobohkan telah bermalam di surau itu dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan.

Penduduk juga telah menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik supaya surau tidak dirobohkan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2010
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: