PEMUDA WILAYAH TURUN PADANG UNTUK KEMPEN MEMBANTAH KENAIKAN HARGA BARANG

Tinggalkan komen

Disember 16, 2010 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) akan turun padang bertemu rakyat untuk mengedarkan risalah kempen bantahan berhubung kenaikan harga barang dan minyak petrol.

DPPWP berkongsi bebanan yang ditanggung khususnya oleh golongan berpendapatan rendah ekoran tindakan Kerajaan BN menaikan harga barangan seperti minyak dan gula. Kesannya kebanyakan barang keperluan lain termasuk makanan, peralatan, barang dapur, serta kos pengangkutan turut bertambah. Rakyat khususnya golongan bawahan menanggung derita yang tidak berkesudahan akibat kenaikan ini. Dalam keadaan kerajaan baru bercadang mengkaji kenaikan gaji sesetengah pekerja kerajaan, harga barang terus melambung. Apakah nasib rakyat khususnya warga kota bagi menampung kehidupan mereka.

Justeru itu, DPPWP mengajak rakyat agar bersama-sama berubah dengan mengajar kesombongan kerajaan UMNO-BN melalui kuasa undi dan suara mereka. Hanya dengan cara ini dapat mengajar kerajaan BN agar berubah dan prihatin terhadap rakyat.

Edaran risalah akan diadakan bermula di Masjid India dan Pelancaran akan diadakan di SOGO, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 18 Disember 2010 bermula jam 5.00petang. Antara pimpinan utama yang akan hadir adalah Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Ustaz Azman Syapawi Abdul Rani, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat serta rombongan Exco DPP Pusat yang lain. Selain itu, Hj Mohamad Noor, Pesuruhjaya PAS WP beserta Ahli Badan Perhubungan PAS WP, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS WP akan turut hadir bersama jawatankuasanya.

Langkah susulan daripada pelancaran kempen ini adalah dengan aktiviti edaran risalah di kawasan-kawasan. DPPWP mensasarkan seluruh pelusuk Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dijelajahi agar warga Wilayah Persekutuan menyedari hakikat kehidupan mereka terbeban di bawah pemerintahan BN. DPPWP mengharapkan agar warga yang prihatin untuk turun bersama-sama pelancaran kempen dan edaran risalah pada hari tersebut.

Rakan-rakan media, wartawan dan blogger dijemput hadir untuk membuat liputan.

Disediakan oleh;

HERMAN SAMSUDEEN

Pemangku Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2010
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: