Datuk Seri Najib Mesti Beramal, Bukan Bercakap Sahaja

Tinggalkan komen

Disember 17, 2010 oleh pemudawilayah


Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan  Datuk Seri Najib Tun Razak juga mesti bercakap serupa dengan bikin. Allah SWT murka dengan orang yang bercakap tetapi tidak buat. Sebagaimana firman Allah SWT ‘Wahai orang-orang yang beriman kenapa kamu bercakap perkara yang kamu tidak lakukan”.( Assof 61:2) Ketika beliau berucap merasmikan masjid Saiyyidina Ali di Bukit Katil Melaka, dengan sinis mengatakan usaha untuk meninggikan syiar Islam dan membangunkan ummah tidak boleh berdasarkan kepada slogan “Membangun Bersama Islam”  semata-mata, kerana tidak akan membawa kepada pembangunan ummah hari ini.

PAS ingin memperingatkan kepada Datuk Seri Najib yang juga Presiden Umno dengan slogan inilah PAS boleh memerintah sampai 20 tahun di Kelantan walaupun dengan sekatan dan diskriminasi politik kuno Umno kepada kerajaan rakyat yang sah. PAS boleh buktikan banyak perkara yang PAS lakukan melalui slogan Membangun Bersama Islam, kemudian ditiru pula oleh kerajaan pusat. Contohnya pinjaman tanpa faedah kepada kaki tangan, bantuan kifalah untuk warga emas, rumah tiga bilik, cuti  dua hari dalam seminggu, kempen menutup aurat, kaunter berasingan, mengharamkan judi, menghadkan arak kepada orang bukan Islam sahaja, pajak gadai Islam, menunjukkan slogan yang PAS gunakan seiring dengan amalan.

PAS pun mengharapkan Datuk Seri Najib  boleh memulakan kehidupan dan amalan yang serasi dengan kehendak Islam sesuai dengan ucapan beliau yang mengatakan tidak cukup dengan slogan sahaja. Tinggalkan sikap pragmatis yang mengikut suasana dan tidak mengikut prinsip agama. Jangan sewaktu merasmi masjid bicara hal agama dan mengajak pendengar ikut suruhan agama, dalam masa meraikan festival fesyen Islam di Monticalo Islam yang diucapkan entah ke mana. Pendekatan seperti ini mengelirukan orang bukan Islam di negara ini untuk berjinak dengan Islam.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Disember 2010
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: