LAKSANAKAN SEGERA DASAR GAJI MINIMUM

Tinggalkan komen

Disember 17, 2010 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak kerajaan agar melaksanakan segera dasar gaji  minimum sekiranya benar kerajaan mahu membela rakyat atau bertepatan dengan slogan kerajaan ‘rakyat didahulukan’.  Ini kerana masih ramai rakyat Malaysia yang masih berada di garis kemiskinan negara sedangkan harga barang terus melambung tinggi.

Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia tahun 2009, mendapati sebanyak 34 peratus pekerja daripada kira-kira 1.3 juta pekerja berpendapatan kurang dari RM700 sebulan. Sekiranya ini benar, bererti masih ramai rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di sekitar ibu kota menderita kemiskinan kerana gaji yang diterima terlalu rendah.

DPPWP mempersoalkan mengapakah terlalu payah kerajaan mahu melaksanakan dasar gaji minimum yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan rakyat, tetapi dalam masa yang sama kerajaan tidak teragak-agak dan terlalu mudah untuk menaikkan harga barang keperluan. Tidakkah kerajaan memikirkan bagaimana nasib mereka yang berpendapatan kurang dari RM700 ini untuk hidup dalam keadaan sedemikian.

Dalam hal ini, DPPWP menyokong gesaan dari Kongres Kebangsaan Kesatuan Malaysia (MTUC) yang mahukan kerajaan meminda Akta Pekerjaan 1995 dengan menetapkan gaji minimum sebanyak RM 900 dan tambahan sebanyak RM 300 sebagai Elaun Saraan Hidup (Cola) kepada pekerja sektor swasta.

DPPWP juga mendesak kerajaan agar menghentikan pemotongan subsidi kepada rakyat. Rakyat sudah tidak tertanggung dengan pelbagai kenaikan harga barang dan bebanan hidup. Apakah nilainya kerajaan menanggung beban kewangan sebanyak RM1.18 bilion setahun dengan pemberian subsidi  berbanding dengan bebanan yang dihadapi berjuta rakyat di negara ini dengan pemotongan subsidi. Dengan pemotongan ini kadar inflasi dijangka meningkat sebanyak 3 peratus tahun hadapan.

DPPWP menegaskan sekiranya kerajaan masih gagal melaksanakan dasar gaji minimum dan seterusnya memotong subsidi rakyat, kerajaan BN tidak layak memerintah negara. Adalah lebih baik kerajaan BN menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk menentukan masa depan negara daripada memperjudikan rakyat demi kepentingan diri mereka.

Disediakan oleh;

LOKMAN HAKIM IBRAHIM

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Disember 2010
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: