BUKAN SEKADAR PLURALISME, NASIONALISME JUGA TERPESONG DARI ISLAM

Tinggalkan komen

Disember 18, 2010 oleh pemudawilayah


Oleh : Mohamad Suhaimi Abd Aziz, Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyatakan fahaman pluralisme adalah bertentangan dengan Islam. Ini kerana fahaman pluralisme amat bahaya kerana boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini. Islam adalah agama yang benar di sisi Allah SWT dan tidak boleh disamakan dengan agama yang lain.

DPPWP juga bersetuju bahawa mereka yang berfahaman demikian adalah golongan yang terpesong dari ajaran Islam dan wajib kembali kepada Islam. Namun demikian, mempertikaikan kedudukan bangsa Melayu bukanlah bererti menganut fahaman pluralisme. Fahaman Pluralisme merujuk kepada fahaman kemajmukan dan   kesamarataan kepada semua agama dan bukan kepada kedudukan sesuatu bangsa.

DPPWP tidak menafikan kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam di dalam Perlembagaan. DPPWP tetap menyokong bahawa Perlembagaan meletakkan kedudukan istimewa kepada bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.

Namun apa yang dikesalkan ada sebilangan umat Islam menganggap kedudukan bangsa lebih mulia daripada agama Islam. Kerana itu ada sebilangan umat Islam memperjuangkan bangsa Melayu lebih daripada memperjuangkan Islam. Mereka sanggup hidup dan mati kerana bangsa Melayu, tetapi tidak menjalankan hukum-hukum Islam seperti yang diperintahkan di dalam al Qur’an. Mereka kononnya membela hak-hak istimewa bangsa Melayu, tetapi hukum asas Islam seperti menutup aurat, menjaga pergaulan, bercakap benar, amanah, jujur, adil dan lain-lain tidak dilaksanakan.

Fahaman ini digelar sebagai fahaman nasionalisme. Ia bersifat asabiyah kepada bangsa dengan menganggap bangsanya sahaja mulia, sedangkan bangsa lain tidak. Sedangkan Islam menganggap semua bangsa adalah sama, dan hanya yang paling mulia adalah mereka yang bertaqwa. Bangsa Cina dan India lebih mulia dari bangsa Melayu sekiranya mereka beriman dan bertaqwa. Bahkan Islam lebih dahulu sampai ke negeri Cina dan India berbanding Tanah Melayu.

Mencintai bangsa Melayu tidak menyalahi agama, tetapi menjadi satu kesalahan sekiranya sayang bangsa sehingga menolak agama. Justeru itu, DPPWP meminta agar Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut menyatakan bahawa bukan fahaman nasionalisme turut terpesong dari ajaran Islam dan menyeru penganut fahaman ini agar kembali kepada Islam kerana Islam adalah lebih perlu untuk diperjuangkan daripada bangsa.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Disember 2010
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: