SERAHKAN HAK PEMILIKAN TANAH KEPADA PENDUDUK KAMPUNG BARU

Tinggalkan komen

Disember 22, 2010 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) menyatakan kekesalan terhadap Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2010 tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Persatuan Pembangunan Kampung Baru. Langkah ini seolah-olah mengenepikan peranan Persatuan Pembangunan Kampung Baru yang mewakili suara penduduk Kampung Baru.

DPPKT juga membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru. Adalah difahamkan bahawa Perbadanan Pembangunan Kampung Baru mempunyai kuasa yang luas termasuklah dari segi pengambilan tanah penduduk. Selain itu perbadanan juga diberi kuasa jaminan perlindungan daripada tindakan undang-undang. DPPKT turut merasa mecewa kerana Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) akan kehilangan pengaruh dan kuasa sedangkan MAS adalah badan pentadbir kampong Baru sejak sekian lama.

Tindakan ini seakan-akan suatu penafian terhadap tanah hak milik warisan bangsa Melayu di Kuala Lumpur. Suatu ketika dahulu, kita marah terhadap penjajah yang mengambil tanah sesuka hati di Tanah Melayu ini. Tetapi kini, kerajaan UMNO-BN yang diketuai oleh bangsa Melayu sendiri tidak mahu mempertahankan tanah warisan orang Melayu di Kuala Lumpur sehingga mahu ia diperbadankan..

DPPKT mempersoalkan mengapakah kerajaan khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar tidak mahu berunding dan berbincang lebih dahulu dengan penduduk atau Persatuan Pembangunan Kampung Baru dahulu sebelum membentangkan rang undang-undang di parlimen. Mengapa kerajaan tidak memberikan hak dan kuasa tersebut kepada Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) untuk menentukan masa depan mereka sehingga sanggup menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru.

Penduduk merasa bimbang kerana tiada jaminan bahawa Kampung Baru akan terus dimiliki oleh penduduk asal dan tidak diserahkan kepada pihak lain. Lebih dari itu, sekiranya rang undang-undang ini diluluskan di Parlimen kuasa akan mampu mencabar kuasa perbadanan ini.

DPPKT mengingatkan kerajaan bahawa Kampung baru adalah kampong warisan bangsa Melayu dan itulah sahaja antara kampong Melayu yang masih ada di Kuala Lumpur. Telah banyak kampung setinggan yang dihuni oleh peneroka bandar bangsa Melayu telah dimusnahkan atas nama pembangunan bandar.  Akhir sekali, DPPKT menegaskan sekiranya kerajaan BN terus berdegil dengan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, rakyat akan mengenang kerajaan UMNO-BN sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu!

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua

Dewan Pemuda Kawasan Titiwangsa

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2010
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: