TAHNIAH PELAJAR YANG BERJAYA DALAM PMR

Tinggalkan komen

Disember 23, 2010 oleh pemudawilayah


Oleh : Fadhil Osman

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merakamkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan PMR baru-baru ini. Difahamkan seramai 30, 863 daripada 439,456 pelajar memperolehi pangkat A dalam semua mata pelajaran. Keputusan PMR tahun ini merupakan yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Keputusan ini membuktikan bahawa semakin ramai pelajar mampu mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan mereka. Dengan kecekalan, kesungguhan dan semangat mereka berjaya membuktikan kejayaan dalam PMR ini.

DPPWP mengharapkan pelajar yang berjaya agar terus berusaha mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan SPM nanti dan mengejar cita-cita sebaik mungkin. Mereka adalah generasi yang disandarkan harapan agar dapat membina negara di masa akan datang. DPPWP yakin golongan profesional, teknokrat, cendikiawan, usahawan, negarawan dan mereka yang berjaya pada masa akan datang lahir dari golongan cerdik pandai seperti mereka ini.

DPPWP juga mengharapkan agar pelajar-pelajar ini menjadi contoh terbaik kepada generasi mereka. Gejala negatif yang merugikan bangsa dan negara dapat dihindarkan hasil dari pengaruh dan teladan baik yang ditunjukkan oleh mereka yang berjaya.

Kepada yang kurang bernasib baik, DPPWP berharap mereka tidak berputus asa dan kecewa. Jadikan keputusan ini sebagai motivasi untuk meningkatkan prestasi di masa akan datang. Perjalanan masih jauh dan jalan kejayaan masih terbuka luas kepada semua pelajar. Semoga lebih ramai pelajar akan mendapat kejayaan yang terbaik dalam peperiksaan PMR

Akhir sekali, DPPWP turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para guru yang tidak pernah jemu untuk terus menuang bakti membimbing dan mendidik pelajar. Kejayaan pelajar-pelajar ini merupakan hasil titik peluh para guru yang ikhlas, sabar dan dedikasi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Disember 2010
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: