Pemuda PAS tekad rampas kerusi Tenang

Tinggalkan komen

Disember 24, 2010 oleh pemudawilayah


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Pakatan Rakyat akan menjadi saingan yang sengit kepada Umno BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kata Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar.

Beliau berkata, meskipun kerusi tersebut merupakan kubu kuat Umno BN, namun jentera pemuda akan berkerja bersungguh-sungguh untuk merampas kerusi tersebut.

“Harapan saya jentera pemuda turun berkerja habis-habisan. Walaupun  itu kerusi kuat BN tapi melihat kepada mood rakyat dan cabaran semasa, kita akan beri saingan yang sengit kepada Umno BN untuk mencapai kemenangan,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sehubungan itu katanya, jentera pilihan raya pemuda PAS bersama pemuda DAP dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan merencanakan gerakan pilihan raya besar-besaran bagi menghadapi pilihan raya kecil ini (PRK).

“Saya akan bersama pemuda Johor dalam merencanakan gerakan pilihan raya besar-besaran dan saya pasti semua jentera PAS seluruh Malaysia sudah bersedia untuk turun ke Tenang.

“Kita akan berkerjasama dengan jentera dalam Pakatan Rakyat dan saya akan bawa cadangan untuk meubuhkan  bilik gerakan Pakatan Rakyat untuk berkampung sepanjang kempen pilihan raya,” katanya yang juga ahli Parlimen Jerai.

Menurutnya, jentera pemuda meletakkan sasaran untuk menerangkan secara terperinci agenda Pakatan Rakyat kepada pengundi agar mereka faham.

“Kita ada satu target iaitu kita akan mengenengahkan untuk menerangkan secara terperinci agenda Pakatan untuk ke Putrajaya.

“Kita tak menipu rakyat dan tak gula-gulakan rakyat.kita bersifat menerang terutamanya kejayaaan Pakatan Rakyat dan kenapa perlu kemenangan di Dun Tenang untuk bagi kuasa di Dun Johor.

“Dalam masa yang sama saya mengharapkan kerjasama Dapsy dan AMK untuk turun berkampung dan beri penjelasan isu yang sepatutnya rakyat tahu,” katanya lagi.
Ujarnya juga, Pakatan Rakyat amat berbeza dengan Umno BN yang hanya mengutamakan pengundi di Felda sahaja.

“Kita melihat kepada Umno yang memberi tumpuan kepadda 4,000 ribu pengundi Felda sebagai pengundi emas. Inilah Umno.Tapi Pakatan melihat kepada semua pengundi yang layak mengundi dan semua rakyat adalah emas.

“Kita tak kira Felda,  luar bandar ataupun bandar.bandar.Ini beza kita dengan Umno,” katanya lagi.

Beliau turut memberitahu, Pakatan akan bermesyuarat esok bagi merangka gerak kerja dan melihat persediaan pemuda negeri sebagai tuan rumah.

“Kita lihat dahulu persiapan tuan rumah. Kita akan membantu mereka untuk melaksanakan segala gerak kerja.

“Saya minta Pemuda Labis mula berkampung bermula 10 Januari dan kita akan keluarkan jadual penuh tugasan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat menetapkan tarikh penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang, Labis, Johor pada 22 Januari depan dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 30 Jan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Disember 2010
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: