Peneraju Pemuda PAS Titiwangsa kekal

3

Mac 27, 2011 oleh ruslyislam


Dewan Pemuda PAS Titiwangsa baru sahaja selesai melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunannya sebentar tadi di Dewan Kohilal, Diamond Square. Dalam mesyuarat agung itu, Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan 8 orang Ahli Jawatankuasa telah dilantik bagi menerajui kepimpinan Dewan Pemuda PAS Titiwangsa untuk 2 tahun lagi.

Suhaimi Abd Aziz dan Mohd Shahir Abu Hasan kekal memegang amanah sebagai Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, sementara Zulhazran diangkat sebagai Naib Ketua Pemuda Titiwangsa yang baru. 8 orang ahli Jawatankuasa lain yang dilantik ialah Mohd Syahdan, Mohd Aizat, Mohd Azim, Mohd Azwan, Rusli, Nik Afifi, dan Mohd Hafizi. Khairul Anuar Manaf pulak telah dilantik sebagai Pengerusi Tetap yang baru. Suhaimi Abd Aziz dalam ucapannya menyeru kepada semua anggota Pemuda PAS Titiwangsa terus bersatu menentang kezaliman dan kemungkaran bagi menegakkan agama Allah SWT khususnya di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Beliau juga meniup semangat pemuda-pemuda agar bersama-sama mempertahankan kemenangan yang Allah berikan di Parlimen Titiwangsa. “Pada sesi kali ini, Allah telah mengamanahkan parlimen Titiwangsa kepada kita, dan menjadi tanggunjawab kita untuk mempertahankan kemenangan ini. “Untuk mempertahankan kemenangan ini, maka pemuda-pemuda ansorullah memperkuatkan diri dari sudut kebergantungan kepada Allah serta kekuatan fizikal dan mental.” tambahnya. Disamping itu, katanya pemuda juga harus terus turun mendekati anak-anak muda di sekitar Kuala Lumpur, khasnya Titiwangsa bagi mendidik mereka secara hikmah erti kehidupan Islam yang sebenar. Dalam isu Kg Baru pula beliau akan menjadikan ia sebagai prioriti utama untuk diperjuangankan di Titiwangsa. “Pemuda mesti bersedia menjadi benteng dihadapan penduduk-penduduk Kg baru yang kini cuba di rompak hak mereka. “isu Kg Baru ini akan menjadi tanggungjawab yang utama dan sangat penting kepada kita semua ” katanya Mesyuarat Agung yang tamat kira-kira jam 2 petang tadi, dirasmikan oleh Timbalan YDP PAS Titiwangsa, Ust Raihan dan turut bersama beliau Naib YDP Titiwangsa Mohd Khairul Manap. Dua orang tokoh veteran PAS Titiwangsa, Hj Yusuf dan En Hedzer Ibrahim telah dianugerahkan sebagai tokoh yang telah banyak memberikan sumbangan kepada PAS di Titiwangsa. Sementara itu Nik Afifi telah dipilih sebagai tokoh pemuda harapan PAS Titiwangsa pada kali ini. Kelab bola sepak Unit Amal Titiwangsa juga telah dilancarkan secara rasminya tadi.

Advertisements

3 thoughts on “Peneraju Pemuda PAS Titiwangsa kekal

  1. dmpkb berkata:

    Tahniah….Selamat menjalankan amanah

  2. Zahratul Husna berkata:

    Bertuah punye bapak…. x kate laa pulak die lantik menjadi pengerusi yang baru isk isk isk….

  3. Zahratul Husna berkata:

    dalah die x kate kat anaknye…..(akulah anaknye)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Mac 2011
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: