Presiden PAS Liabiliti, DPPWP Sanggah Hujah Aziz Bari

5

April 19, 2011 oleh HermanSamsudeen


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyanggah pandangan Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari di dalam Malaysian Insider yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat. Jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP memutuskan hubungan dengan PAS.

Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja. Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, dibawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008. Malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari 7 kerusi pada 2004. Sebagai Presiden keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti diseluruh negara bukannya di Terengganu sahaja. Dan ianya sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS dibawah Presiden.

Tuduhan Aziz yang turut mengatakan bahawa Presiden menjadi punca kegagalan PAS memenangi mana-mana kerusi di Sarawak juga amat dangkal. Lainlah jika PAS sebelum ini pernah menang di Sarawak dan kemudiannya kalah semua kerusi dalam pilihanraya baru-baru ini. Pilihanraya Sarawak 2006 menyaksikan PAS bertanding 1 kerusi tapi kali ini PAS bertanding 5 kerusi dan ini satu petanda bahawa Presiden telah berjaya memainkan peranannya di dalam Majlis Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan ketika proses pembahagian kerusi.

Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Presiden PAS adalah punca kegagalan 16 September. Di tadika manakah fakta ini diperolehinya? Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai Profesor atau sekadar mengantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi.

Nampaknya beliau sengaja mengkambing hitamkan Presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca.

DPPWP menasihatkan agar Aziz tidak memalukan golongan ahli akademik yang selama ini bercakap atas fakta dan kajian yang lebih berfakta. Jika beliau tiada modal untuk bercakap baik diam sahaja dari terus melalak seperti orang bijak yang kelihatan kurang bijak mengunakan ilmunya.

DPPWP hari ini cukup berpuashati dan memberikan sokongan penuh kepada Presiden PAS diatas usaha beliau membangkitkan semula keupayaan PAS setelah melalui zaman kekalahan pada 2004.

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

5 thoughts on “Presiden PAS Liabiliti, DPPWP Sanggah Hujah Aziz Bari

  1. hussin berkata:

    “Peristiwa yang dikatakan mencuit perhatian ramai ketika kehangatan kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 itu berlaku ketika kedua-duanya bertembung semasa berkempen di Pekan Pusa, Betong pada Rabu lalu. Beberapa hari sebelum itu, media juga menyiarkan gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Najib dalam majlis perasmian Kompleks Pemasaran Setempat, Taman Industri Automotif Pekan, Pahang.

    Di dalam politik sudah tentulah, dua senario ini mendapat perhatian apatah lagi apabila ia membabitkan pemimpin dari dua parti besar orang Melayu iaitu UMNO dan Pas. Sememangnya sejak dulu lagi, ramai yang ingin melihat persengketaan antara dua parti besar tersebut berakhir.”

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm0

    1. kehadiran tgna dalam majlis kompleks pemasaran setempat, taman industri automotif pekan, pahang adalah di atas kapasiti beliau sebagai mb kelantan.

    2. kehadiran tghh dalam kempen prn Sarawak adalah di atas kapasiti beliau sebagai presiden pas yang menghormati najib sebagai pm. ia berlaku dalam kehangatan kempen prn sarawak. untuk apa?

    kedua2nya cuba dijadikan alasan kononnya “ramai yang ingin melihat persengketaan antara dua parti besar tersebut berakhir.” zulkifli bakar adalah “pakar” perpaduan kerana beliau tidak ketandusan idea membuat liputan mengenai “perpaduan” pas-umno. dia pasti ada saham dalam “kerajaan perpaduan” ini.

    hadi tidak mampu memperjelaskan secara mendalam berkenaan “kerajaan perpaduan” yang dilontarkannya. membaca tulisan2 zulkifli bakar menggambarkan bahawa beliau lebih tahu mengenai “kerajaan perpaduan” ini. seolah2 “kerajaan perpaduan” sinonim dengan zulkifli bakar. mungkin idea “kerajaan perpaduan” ini milik orang lain yang dipersembahkan kepada hadi yang terus menerima pakainya tanpa merujuk kepada ajk pas pusat bersandarkan nasihat dari penasihat2 beliau, setiausaha agong dan timbalan presiden. ketiga2 mereka inilah yang telah “membeli” idea untuk menyelamatkan paklah. semasa mempertahankan “pertemuan dalam gelap”, timbalan presiden pas berhujah bahawa ia bukan untuk membawa pas masuk umno (macamlah ahli2 pas semuanya bodoh!).

    kehadiran tgna yang cuba dijadikan penyedap dan pelunak kek “perpaduan”, insya’ Allah mudah ditolak. namun pertemuan hadi-najib mampu memberi saham untuk menimbulkan rasa curiga pengundi terhadap pas. itulah matlamat sebenar yang mahu diraih umno menjelang pru13. ia bukan sangat pasal “perpaduan”. ia lebih kepada biar pas lingkup asal umno berjaya.

    “a picture tells a thousand words.” perhatikan gaya hadi bersalam dengan najib serta air muka hadi. usahlah bercakap pasal dosa2 umno kepada negara dan rakyat kerana semuanya akan terhapus dengan “perpaduan” pas dan umno. jika tidak, kenapa hadi tidak berhati2 dengan tindak-tanduknya, membuka sebanyak mungkin ruang untuk ‘mainan’ media arus perdana? ya, the picture really tells a thousand words.

    selamat bermuktamarubah pas.

    wallahu’alam.

  2. PuakPas berkata:

    aku rasa ahli dan kepimpinan PAS sepatutnya berterima kasih kpd dr.Aziz Bari, kerana membuat komen kpd kepimpinan PAS, khususnya kpd TGHH.
    Keterbukaan kepimpinan PAS untuk menerima komen dan tidak menjadikan orang sanggup memberi komen sebagai musuh merupakan kunci utama kpd keikhlasan perjuangan PAS. Apa yg boleh dilakukan oleh dr. Aziz utk membantu PAS, kecuali memberi komen dan pendapat mengenai PAS. Sejarah telah membuktikan bahawa dr.Aziz berbeza dgn beberapa prof. kangkung yg mengkritik PAS dgn tujuan membodek UMNO. Sejarah ini sepatutnya dihargai oleh kepimpinan PAS.
    Begitu juga, ucapan ribuan terima kasih diberikan kepada mana-mana pihak yang mempertahankan PAS dan kepimpinan (TQ, Roslan SMS). Kesetiaan dan kasih sayang kepada kepimpinan parti murupakan suatu sifat mulia yang disanjung dalam agama Islam.
    NAMUN setiap komen terhadap PAS atau kepimpinannya, tidak semestinya benar, atau diterima kepimpinan PAS. Kerana kepimpinan bukan sahaja bertanggungjawab ke atas individu tertentu, bahkan ke atas parti dan semua ahli. Setiap komen yang benar, kadang-kadang terpaksa dikebelakangkan demi mempertahankan sesuatu yang lebih benar.
    Komen dr. Bari yang dituju kpd TGHH adalah implikasi daripada kegagalan kepimpinan PAS dan kelalaian Dewan Ulamak PAS menjelaskan kepada umum wadah sebenar perjuangan PAS. Bahkan sebahagian besar ahli PAS peringkat cawangan dan negeri tidak mengetahui halu tuju dan matlamat perjuangan PAS.
    dr. Bari yg mewakili masyarakat umum yang berpendapat bahawa PAS adalah sama dengan UMNO, PKR, DAP, dan MIC. Yang berbeza PAS dari parti-parti politik lain adalah PAS parti politik yg berteraskan Islam. Fahaman yang silap ini telah menjadi sebati dengan ahli dan kepimpinan PAS kini.
    PAS adalah gerakan Islam yang mendaulatkan al-Qur’an sebagai dasar hidup. Sebahagian daripada medan perjuangan PAS adalah medan politik. Jelas sekali bahawa kepimpinan PAS gagal menerapkan kpd ahli PAS bahawa ini adalah asas penting dalam perjuangan PAS. Bahkan kebanyakan pimpinan PAS telah menyeleweng drpd asas ini.
    Mereka dgn megah telah memperkenalkan PAS sebagai parti politik. Akhir ukuran kejayaan PAS adalah kejayaan dalam perang politik. TGHH sebagai ketua gagal apabila PAS gagal di Sarawak. PAS Kelantan berjaya kerana berjaya mempertahankan kerajaan Kelantan drpd UMNO.
    Sebagai rujukan lihatlah apa yang berlaku di Kelantan, ahli-ahli kepimpinan PAS peringkat negeri dirasuk sindrom PAS parti politik, dimana politik PAS adalah segala-galanya, lawan UMNO adalah segala-galanya, ceramah politik segala-galanya.
    Masa belum terlambat kepada majlis syura dan kepimpinan PAS untuk mengembalikan masyarakat kepada perjuangan Islam melalui PAS.

  3. Ahmad Zulkhairi berkata:

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    إلى صحابي الكرام
    Berkenaan hal diatas,
    Jangan kita hanya menyokong jika beliau mengeluarkan kenyataan menyebelahi kita tetapi kita mesti menerima kritikan tersebut sebagi cermin kita membetulkan diri. Mungkin sebelum ini Presiden merupakan satu fenomena, tetapi sekarang keadaan dah berubah. lihat sahaja kepada Mawi yang dulunya gah bagaikan raja. Sekarang dah tak sehebat dulu. Ana link kan pandangan lain mengenai presiden kita:

    http://msomelayu.blogspot.com/2011/04/catatan-dari-kuala-lumpur.html

  4. mzul berkata:

    Salam bro,
    Article ni ok.
    namun saya lebih tertarik dgn Artcile TGHH sendiri. dan yg paling tertarik dgn kata2 beliau dkt bawah ni. Semoga kata2 ini juga jadi panduan utk ahli1/pemimpin pas kawasan dan sbgnya. Jgn jadi mcm dahulu ada shj kelompok2 tertentu yg cuba utk menangkan kelompok dia shj dgn pelbagai2 alasan dan tohmahan yg tak sesuai sbg
    pejuang islam. TGHH cakap semua org boleh bertanding tak kira latar belakang dan pendidikan. Jgn ade lagi geng2 yg kata pos hanya utk org ni shj. org ni tak sesuai dan sbgnya.. bertandinglah secara sihat dan baik..cubalah juga ikut cakap TGHH dalam bab ni. jgn setengah bab tingal, setengah bab ambil.. nanti jadi mcm umno.

    “Alu-aluan itu bukan hanya tertakluk bagi jawatan parti di peringkat kepimpinan paling kecil di cawangan dan bahagian, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi yang melibatkan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib.

    “Bagi jawatan Presiden sendiri, jika ada pencalonan yang diterima oleh pemimpin lain untuk menentang saya, saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya pun bukan untuk menjadi pemimpin selamanya. Sebaliknya, saya sendiri pun dah semakin berumur dan memang memerlukan barisan pelapis,” tegas beliau.

    Jadi jika ada pencalonan terhadap seseorang pemimpin PAS untuk memegang sebarang jawatan dalam parti yang melibatkan pelbagai latar belakang dan pendidikan, katanya, ia sepatutnya disambut oleh para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dengan semangat perpaduan yang tinggi kerana di dalamnya pasti terkandung hikmah amat besar bagi PAS.”

  5. khairul berkata:

    saudara

    beliau hanya memberikan pandangan. kenapa kita kena overreact? kita tidak boleh dikritik kah? mcm mana mahu menjadi kerajaan kalo begini. budaya tak bole dikritik tu budaya UMNO

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

April 2011
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: