‘Tahniah’ BN, Malaysia Ditangga Ke 10 Negara Konsumer Arak

1

Mei 23, 2011 oleh HermanSamsudeen


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan ‘tahniah’ kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya membawa Malaysia ke rangking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar didunia. Kejayaan ini benar-benar diluar jangkaan rakyat kerana Malaysia yang pernah di umumkan sebagai sebuah Negara Islam oleh pemimpin Umno berjaya mengalahkan sebahagian besar negara-negara bukan Islam di Eropah dan Benua Amerika.

DPPWP menganggap pengakuan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie sebagai satu bukti kejayaan gelap BN selama 12 penggal mereka memerintah negara ini. Ranking yang telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ini juga menyatakan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan lebih dari RM1.5bilion setahun untuk membeli arak.

Setiap tahun, 30% kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku kerana pengaruh alkohol. Malah lebih teruk dari itu, arak juga sering dikaitkan dengan jenayah penganiayaan, dera, rogol dan bunuh. Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah.

Sampai bilakah kerajaan BN mahu pertahankan rekod ini. DPPWP mengesa kepada Pihak berkuasa Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri dan Persekutuan supaya serius menangani perkembangan industri arak dinegara ini. Pengeluaran arak dikilang-kilang dalam negara hendaklah dikurangkan, dan permohonan lesen-lesen pengilangan dan penjualan arak baru hendaklah dibatalkan. DPPWP juga mahu pihak berwajib memantau aktiviti penjualan arak dikedai-kedai, restoran dan Kelab Malam. Arak tidak sepatutnya dibiarkan dijual secara terbuka seperti dikedai-kedai ubat dan 7-Eleven yang beroperasi 24 jam. Akses pembelian arak yang begitu terbuka menyebabkan rakyat negara ini begitu mudah terlibat kepada gejala penagihan arak ini.

DPPWP juga kesal kerana kerajaan gagal menghalang umat Islam mengadakan urusniaga arak dan meminumnya. Oleh itu, Kerajaan wajib memberikan kuasa penuh kepada JAKIM dan Majlis Agama Negeri memantau umat Islam dari terjebak kepada arak. Islam mengharamkan umatnya meminum arak. Bukan hanya kepada rakyat biasa tetapi kepada golongan kaya dan pemimpin sekalipun, hukumnya tetap haram disisi Islam.

Bagi yang bukan Islam, DPPWP menasihatkan supaya menjauhi arak. Kesan mabuk akibat arak lebih banyak keburukkannya dari kebaikan. Maka carilah minum yang lebih menyihatkan dan memberikan kebaikan kepada diri anda.

Akhir sekali DPPWP berharap agar Kerajaan tidak terus menerus menutup mata, memekakkan telinga hanya kerana cukai arak yang tinggi dapat memberikan pulangan kepada dana kewangan negara. Ahli-ahli parlimen wajar membincangkan isu ini dan mencari langkah-langkah penyelesaikan terbaik bagi menyelamatkan rakyat. DPPWP berharap agar pemimpin Islam dan bukan Islam dinegara ini dapat mengambil perhatian serius fakta WHO ini dan berusaha menjadikan negara ini bebas dari pengaruh arak.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

One thought on “‘Tahniah’ BN, Malaysia Ditangga Ke 10 Negara Konsumer Arak

  1. Lee Yow Chor berkata:

    Saudara Herman apa yang anda cuba lakukan? Berbohong dan menyebar fitnah? Menurut senarai World Health Organization, Malaysia berada di tempat ke 156 dalam dunia dalam ranking peminum alkohol. Maaf jika saya terkasar. Saya juga tidak bersetuju di atas kenyataan Timbalan Menteri tersebut. Puas saya mencari tapi tidak berjumpa apa asas sumber beliau yang mengatakan rakyat Malaysia menghabiskan lebih dari RM1.5bilion setahun untuk membeli arak kerana ianya tidak tercatat langsung dalam laporan WHO.

    http://www.who.int/substance_abuse/publications/global_alcohol_report/msbgsruprofiles.pdf
    http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_alcohol_consumption

    Baca disini-The Star 23 May 2011

    Malaysia ranked world’s 10th largest consumer of alcohol
    By CHRISTINA TAN
    chris@thestar.com.my

    KUALA LUMPUR: Malaysia has been named by the World Health Organisation (WHO) as the world’s 10th largest consumer of alcohol despite its small population and size.

    Statistics by the international body this year also showed that Malaysians spent over US$500mil (RM1.5bil) on alcohol with a per capita consumption of seven litres.

    Beer consumption in Malaysia is 11 litres per capita.

    Deputy Women, Family and Community Development Minister Heng Seai Kie said the problem of alcohol consumption in the country was getting serious.

    “Alcohol is not only causing a lot of health issues but is also contributing to a significant number of accidents,” she said here yesterday.

    Heng was speaking to reporters after launching booklets and seminars on “Promote Healthy lifestyle: Reduce Alcohol Harm” organised by the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) and supported by IOGT International, a worldwide community of non-governmental organisations, and the National Association of the Prevention of Drug Abuse (Pemadam).

    She said the ministry, through the National Population and Family Development Board, would hold a campaign to create awareness on the danger of alcohol abuse.

    She said 10 seminars would be held nationwide this year.

    They would be conducted in Mandarin, Malay, English and Tamil and were aimed mostly at those from the Chinese and Indian communities, which had a high alcohol abuse rate.

    “The public has to understand that alcohol is not part of our culture and it will bring harm if it is abused,” she said.

    Earlier, in his speech, KLSCAH secretary-general Yong Yew Wei said the Road Safety Council estimated that drinking and driving caused 30% of road accidents nationwide, with 38% of these resulting in fatalities.

    “A study also shows that absenteeism from workplace among alcoholics is 16 times higher than others,” he said, adding that non-governmental bodies played a vital role in promoting a healthy lifestyle.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mei 2011
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: