PAS tak halang pelajar terlibat politik

Tinggalkan komen

Mei 23, 2011 oleh HermanSamsudeen


Oleh Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Mei: PAS menganggap Umno BN ‘melanggar peraturan’ yang dicipta mereka apabila mereka sendiri memperalat pelajar sekolah, mahasiswa dan institusi pendidikan untuk kepentingan partinya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, dalam pada Umno BN berkata pelajar tidak harus dilibatkan dalam politik, mereka sendiri menggunakan pelajar untuk tujuan politik malah menggunakan sekolah untuk aktiviti parti.

Sebaliknya kata Mahfuz, PAS tidak pernah mendapat peluang yang sama malah pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak dibenarkan menjemput wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk merasmikan mesyuaratnya.

“Umno kata semua pihak tidak harus melibatkan pelajar dalam politik malah ada akta seperti Auku yang menghalang mahasiswa terlibat politik tapi mereka sendiri memperalat pelajar dan institusi pendidikan.

“Hari ini semua mesyuarat Umno buat di sekolah. Kami (PAS) tak dapat peluang masuk sekolah kerajaan untuk nak berjumpa guru-guru dan sebagainya.

“PIBG tak dibenar jemput wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk rasmi mesyuarat hatta menteri besar pun tak boleh rasmi kerana dianggap politik tapi Umno boleh,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, dekat sini, semalam.

Mahfuz berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita mengenai tuduhan pihak tertentu bahawa PAS memperalat pelajar sekolah untuk menghadiri program Munajat Anak Muda Kelantan di Kota Bharu, Jumaat lalu.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga berkata, PAS sebaliknya tidak pernah menghalang pelajar terlibat dengan politik kerana ianya merupakan satu proses untuk mematangkan fikiran pelajar.

“PAS tidak pernah kata pelajar tidak boleh terlibat dengan politik. Media lapor kononnya PAS mempolitikkan pelajar. Pelajar yang punya keupayaan pemikiran yang tinggi harus tahu tentang politik negara kita.

“Di sekolah menengah ada diajar tentang sejarah parti politik dan sebagainya. Kenapa nak halang minda pelajar dari terus berfikir? Budak sekarang mindanya cerdik, bukan macam zaman dulu.

“Sekolah untuk mendidik rakyat, bukan menternak rakyat. Kita tak boleh jadikan sekolah sebagai produk industri tapi kita nak produk yang mampu berfikir dalam semua perkara, bukan akademik semata-mata,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari pula menyifatkan kenyataan NGO tajaan Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang mengutuk kerajaan negeri Kelantan membayangkan ketakutan Umno terhadap kejayaan program tersebut.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita mengutuk Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang kononnya menggunakan pelajar pondok dan tahfiz dalam program tersebut.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah dilaporkan berkata bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai seorang yang bertopeng imej warak kerana sanggup memperalatkan pelajar sekolah agama di Kelantan untuk menghadiri program politik.

Meskipun program tersebut menjangkakan 10,000 pemuda yang hadir, namun kehadirannya mencecah 15,000 sehinggakan menimbulkan ketakutan Umno BN terhadap sokongan pemuda Kelantan terhadap kepimpinan PAS di negeri itu.-Harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mei 2011
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: