Rayuan Tian Chua Di Tolak Lagi, Pemuda Pakatan Wilayah Bersedia Untuk Pilihanraya Kecil

Tinggalkan komen

Mei 23, 2011 oleh HermanSamsudeen


Sekali lagi rayuan Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu ditolak mahkamah. Pemuda Pakatan Wilayah sedia untuk hadapi kemungkinan pilihanraya kecil.

Malaysiakini : Tian Chua gagal rayu denda RM2,000

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan ahli parlimen Batu, Tian Chua untuk merayu hukuman denda sebanyak RM2,000 atas kesalahan menghalang tugas polis yang dijatuhkan ke atasnya sebelum ini.

Peguamnya Amer Hamzah Arshad bagaimanapun berkata, Tian Chua yang juga naib presiden PKR masih kekal sebagai ahli parlimen walaupun hukuman dan denda berkenaan dikekalkan oleh mahkamah rayuan.

Bercakap kepada pemberita, Amer Hamzah berkata, status Tian Chua itu adalah berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Jun tahun lalu bahawa mahkamah tidak mahu satu pilihan raya kecil berlaku.

Mahkamah Rayuan menolak permohonan Tian Chua (kiri) secara sebulat suara memandangkan notis itu lewat difailkan.

Sebelum itu, mahkamah turut menerima bantahan daripada pendakwaan yang diketuai timbalan pendakwa raya Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Balia Yusuf Wahi ketika membacakan keputusan itu berkata, rayuan berkenaan ditolak kerana proses memfailkan rayuan itu dijalankan secara “tidak cekap.”

Jelasnya, Mahkamah Rayuan pada 30 Ogos lalu telah membenarkan permohonan untuk mendengar hujah bagi rayuan tersebut.
Bagaimanapun, pemohon berkenaan tidak memfailkan notis rayuan itu di pendaftar yang sepatutnya pada 6 September, 2010, kata Balia Yusuf lagi.

“Apabila diberitahu berhubung kesilapan itu oleh pendaftar mahkamah pada 5 Oktober, 2010, meraka memfailkan permohonan itu pada keesokan harinya,” katanya lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Mei 2011
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: