Menjelang Final UEFA 2011 – Manchester United vs Barcelona

2

Mei 26, 2011 oleh pemudawilayah


Usaha Berpasukan Diperlukan Untuk Menghalang Messi

Pemain tengah Manchester United, Park Ji-sung yakin bahawa tanggungjawab untuk menghalang Lionel Messi tidak boleh diletakkan di atas seorang pemain.

Pemain depan Barcelona itu yang merupakan penjaring ​​gol di saat-saat akhir pada tahun 2009 yang telah memenangkan kelab Catalan itu ke atas atas Manchester United dalam UEFA 2009, telah mencapai 52 gol musim ini

Kelicikannya membawa bola telah membuatkan pemain antarabangsa Argentina itu ancaman di mana sahaja posisi dan, kerana itu, Park percaya United harus mendapatkan taktik terbaik untuk pasukan.

“Dia adalah salah seorang pemain terbaik di dunia – semua orang tahu itu dan semua orang tahu seorang pemain pertahanan tidak boleh menghalangnya jadi kami harus menghalangnya sebagai satu pasukan,” kata pemain antarabangsa Korea Selatan itu, yang direhatkan dari skuad United ketika mereka menang Juara-Juara Liga ketika menentang Chelsea pada 2008 tetapi bermain pada tahun berikutnya ketika mereka kalah di Rom.

“Kami harus mengawasi beliau dalam permainan. Beberapa pemain telah mengatakan kepada saya bahawa saya boleh menghentikannya – ianya nampaknya bagus tapi seorang tidak boleh menghalangnya, kami harus bermain sebagai sebuah pasukan.

“Semua orang akan berusaha 100% untuk menghalangnya.”

“Saya tidak tahu di mana peranan yang akan saya main di final tetapi saya harus berusaha 100% dan bermain hanya untuk memenangi kejuaraan,” tambahnya.

“Kami mempunyai pemain tengah yang hebat : Michael Carrick, Ryan Giggs, Anderson – mereka mempunyai kemampuan besar untuk menghalang mereka.

“Jika kami bermain sebagai sebuah pasukan seperti kami tunjukkan semasa melawan Chelsea (dalam penentuan kejuaraan liga di Old Trafford awal bulan ini), atau dalam perlawanan besar yang lain, kita boleh menandingi mereka.

“Javier Hernandez, Anderson dan Nani mempunyai musim yang hebat dan inilah punca skuad kami menjadi lebih kuat (daripada pada awal musim) dan yang akan membantu kami di final.”

Advertisements

2 thoughts on “Menjelang Final UEFA 2011 – Manchester United vs Barcelona

  1. amarsalmah berkata:

    amar ni orang lemal pas

  2. amarsalmah berkata:

    nombor telifon 0199191802

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Mei 2011
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: