Ron95 Tidak Naik Kerana BN Takut Kalah Teruk PRU 13

Tinggalkan komen

Mei 26, 2011 oleh HermanSamsudeen


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa Kerajaan BN tidak akan menaikan harga bagi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) pada ketika ini sebagai satu keputusan yang populis demi mengelakkan kekalahan teruk BN dalam PRU-13.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga ahli kabinet mengesahkan perkara ini dengan mengatakan “Keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak RON95 ini diharap akan terus mengekalkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan (BN),”

Akhirnya kerajaan BN akur dengan tuntutan rakyat dan strategi Pakatan untuk terus mendesak kerajaan mengekalkan harga bahan api berkenaan berjaya. Namun, jika dibaca kenyataan Ismail, ternyata Kerajaan BN hanya bermain politik kerana tidak berani memberikan jaminan tentang tempoh masa bagi mengekalkan harga sedia ada. Ini bermakna, Kerajaan BN hanya berjanji tidak menaikannya pada hujung bulan ini awal awal bulan depan, tapi mungkin kenaikkan akan berlaku selepas itu.

Malah, berdasarkan keputusan Kabinet semalam, ramai yang beranggapan bahawa Pilihanraya ke-13 kian hampir dan BN kini sanggup melakukan apa sahaja bagi mengekalkan kuasa mereka. DPPWP yakin, rakyat Malaysia lebih bijak dari pemimpin BN dan tahu muslihat mereka yang akan menaikan harga minyak dan barangan lain berkali ganda jika BN kekal memerintah selepas PRU-13. Kenaikan harga minyak, gula, tepung, beras dan sebagainya yang berkali ganda selepas BN diberikan mandat semula dalam PRU-12 sudah cukup mengajar rakyat akan taktik kotor mereka ini.

BN harus berani mengakui kegagalan mereka menguruskan sumber ekonomi negara sehingga menyebabkan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam menghentikan pengambilan kakitangan baru dan tidak lagi menyambung kontrak kakitangan sementara. Banyak projek kerajaan kini berjalan perlahan ekoran sumber kewangan yang terhad kerana budget besar negara banyak dihabiskan dalam kempen Pilihanraya Kecil BN. Ini tidak termasuk lagi dengan pembaziran besar-besaran Kerajaan yang sudah banyak dibongkar oleh media.

BN harus bersedia berundur dan tibalah masanya rakyat menerima kepimpinan baru yang sudah lama memahami hasrat dan keinginan rakyat yang mahukan perubahan. Tiada pilihan lain sebagai alternatif, melainkan Pakatan Rakyat.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Mei 2011
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: