Barcelona ‘raja’ Eropah

Tinggalkan komen

Mei 30, 2011 oleh HermanSamsudeen


LONDON – Pep Guardiola mengukuhkan status Barcelona sebagai pasukan terhebat ketika ini selepas mencatat kemenangan 3-1 menewaskan Manchester United pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, semalam.

Jaringan Pedro, Lionel Messi dan David Villa membolehkan juara Sepanyol itu mendominasi perlawanan akhir itu, sekali gus menjadikan kemenangan di Wembley sebagai sesuatu yang penuh cemerlang selepas menewaskan United sebelum ini dalam babak sama pada 2009.

Sembilan puluh minit permainan semalam menyaksikan United gagal menghentikan asakan bertali arus Barcelona dan Red Devils sekadar memperoleh satu gol melalui Wayne Rooney.

Pengurus kelab Catalan itu juga mengakui amat kagum prestasi anak buahnya selepas berupaya menjulang trofi kejuaraan buat kali ini.

”Ini adalah cara kami bermain dan saya bangga dengan kejayaan yang diperoleh ini.

”Mereka yang menyaksikan perlawanan ini bukan sekadar melihat kemenangan kami tetapi melihat sendiri gaya permainan kami yang cukup cemerlang.

”Messi adalah pemain terbaik yang pernah saya lihat. Saya mengharapkan dia mampu terus menjadi pemain terbaik.

”Kami mempunyai pemain yang sangat hebat dan tanpa pemain ini kami sukar untuk mendapatkan kualiti dalam corak permainan,” kata Guardiola.

Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson tidak langsung merungut selepas perlawanan akhir ketiga dalam tempoh empat tahun yang menyaksikan pasukannya kecundang buat kali kedua.

”Mereka layak memperoleh kemenangan tersebut kerana mereka bermain dengan cara yang betul.

”Kami sebenarnya tidak dikuasai oleh Messi seperti mana yang ramai orang katakan. Kami cuma tidak dapat bertahan dengan baik untuk membuat serangan balas,” kata Ferguson.

Pada perlawanan akhir tersebut, Barcelona terlebih dahulu memperoleh jaringan melalui Pedro pada minit ke-27 sebelum United menyamakan kedudukan 1-1 untuk separuh masa pertama pada minit ke-34 melalui Wayne Rooney.

Babak kedua lebih memihak kepada Barcelona apabila kelab dari Sepanyol itu berjaya menyumbat dua lagi gol melalui Messi pada minit ke-54 dan Villa pada minit ke-69 sekali gus memberi kemenangan mutlak kepada skuad bimbingan Guardiola. – Reuters

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mei 2011
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: