GABUNGAN MANTAP KEPIMPINAN PAS TARIK ORANG MUDA

Tinggalkan komen

Jun 8, 2011 oleh HermanSamsudeen


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengalu-alukan kepimpinan PAS yang baru dipilih dalam Muktamar PAS ke-57 baru-baru ini. Para perwakilan telah membuat pilihan yang bijak dengan memilih gandingan mantap antara golongan professional dan para ulama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. Jelas sekali, barisan kepimpinan dari pelbagai latar belakang ini sangat menarik dan menunjukkan kepelbagaian kualiti pemimpin yang ada di dalam PAS. Pemilihan pemimpin-pemimpin utama yang menjadi suara rakyat selama ini seperti dalam isu-isu hak asasi manusia,rasuah, kenaikan harga barang, saman ekor, royalti minyak dan pelagai isu lain yang mendasari kehidupan rakyat seharian, dilihat mampu melonjakkan PAS sebagai parti politik dominan yang mantap dan bersedia untuk menggantikan UMNO dalam PRU-13 nanti.

Barisan kepimpinan ini juga mampu menarik sokongan lebih ramai anak muda yang ketika ini mengisi lebih 40% penduduk negara. Sudah tentu golongan muda yang bersih jiwanya dan bencikan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan ekonomi negara yang dilakukan oleh UMNO, menyambut baik kualiti kepimpinan yang ada pada barisan kepimpinan baru ini. Kehebatan peribadi mereka juga mampu menarik lebih ramai golongan muda untuk mengambil bahagian dan bersuara tentang isu-isu negara.

Iltizam PAS untuk mewujudkan negara berkebajikan apabila memerintah kelak disambut baik oleh golongan muda yang sekarang ini dibebani dengan hutang pelajaran, peluang pekerjaan yang terhad, masalah perumahan dan ditambah dengan kenaikan kos sara hidup yang sangat tinggi lebih-lebih lagi mereka yang bekerja di bandar. Niat murni PAS ini bukanlah angan-angan kosong kerana dengan pengurusan ekonomi negara yang telus,amanah dan cemerlang dari pemimpin yang berakhlak dan berintigriti tinggi, ia mampu merealisasikan hasrat murni ini dan golongan muda bakal mendapat manfaat yang besar daripadanya.

PAS mampu mengisi ketandusan kepimpinan berkualiti yang tidak ada pada barisan kepimpinan muda UMNO hari ini. Pemimpin PAS telah diasuh sejak dari peringkat Pemuda lagi untuk berjuang tanpa mengharapkan imbuhan dan dididik di bawah kepimpinan ulama yang menekankan prinsip ajaran suci Islam yang universal. Sebab itu hari ini, golongan professional dalam PAS seperti doktor,jurutera,peguam,akauntan,arkitek, ahli ekonomi dan sebagainya, bukan sahaja berkebolehan menjadi imam, memberi tazkirah malah mampu mengurus jenazah. Itulah bezanya acuan pemimpin dalam PAS yang jauh berbeza dengan UMNO.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga menyangkal dakwaan songsang pimpinan UMNO yang mengatakan bahawa PAS sudah tidak mengiktiraf institusi ulama dan mengenepikan peranan mereka dalam parti.

Berdasarkan kepada Fasal 8 Perlembagaan PAS, Majlis Syura Ulama merupakan badan tertinggi parti yang mengawal selia dasar-dasar parti supaya tidak lari dari konsep Islam berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Badan ini juga diberi kuasa untuk memberi arahan atau teguran jika perjalanan parti tidak selari dengan kehendak Perlembagaan Pas di samping mempunyai autoriti dalam urusan tatatertib ahli. Kepentingan dan kedudukan para ulama tetap dihormati dan disanjung tinggi. Justeru itu, keharmonian organisasi yang terjalin di antara golongan professional dan ulama di dalam PAS seperti ini merupakan gabungan mesra yang mampu memacu hala tuju PAS ke arah yang lebih cemerlang di masa akan datang dan mencapai kejayaan dalam PRU ke-13 nanti.

AHMAD ZAMRI KHUZAIMI
Pengarah
Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: