Sukma: Wilayah Persekutuan Pertahan Emas Bola Jaring

1

Jun 10, 2011 oleh HermanSamsudeen


Tahniah kepada pasukan Bola Jaring Wilayah Persekutuan diatas kejayaan mempertahankan kejuaraan.

KUALA LUMPUR: Wilayah Persekutuan meneruskan dominasi dalam acara bola jaring apabila meraih emas Sukan Malaysia ke-14 di Stadium Juara di sini, Khamis.

Turun sebagai juara bertahan, Wilayah Persekutuan nyata mempunyai kelebihandengan kehadiran pemain-pemain kebangsaan seperti Nur Syafazliyana Mohd Ali (GK), Nurul Shaffa Mustafa (GA), Nurul Adha Abu Bakar (WD) dan Noramirah Dayana Noor Azhar (GD).

Pasukan itu, yang telah jauh meninggalkan Terengganu 21-11 selepas dua suku perlawanan, mempamerkan aksi tangkas untuk memenangi perlawanan dengan pungutanmata 49-21.

Jurulatih Norizan Rajab berkata strategi membuat rombakan pemain selepas suku kedua perlawanan telah membantu menjarakkan lagi mata kemenangan.

“Perlawanan akhir sememangnya mempunyai suasana yang berbeza dengan perlawanan biasa. Pemain saya agak gugup pada awal perlawanan dan itu menjejaskan prestasi mereka.

“Namun setelah sedikit rombakan, mereka berjaya menunjukkan permainan yangbaik,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Turut menyaksikan perlawanan Menteri Wilayah Persekutuan dan KesejahteraanBandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Norizan menyifatkan Nur Syafazliana dan Rozliana merupakan tulang belakang Wilayah Persekutuan selain memberi motivasi kepada pemain lain.

“Mereka ini mempunyai kekuatan mental yang mantap dan banyak membantu pasukan,” katanya.

Ini merupakan kali keempat Wilayah Persekutuan meraih emas menerusi acarabola jaring dalam Sukan Malaysia.

Kedah membawa pulang gangsa setelah menumpaskan Johor 49-47 dalam perlawananpenentuan tempat ketiga sebelum itu.-BERNAMA

Advertisements

One thought on “Sukma: Wilayah Persekutuan Pertahan Emas Bola Jaring

  1. Fareha Zulkefli berkata:

    Tahniah coach ijan 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Jun 2011
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: