Majlis Penutup Sukan Malaysia Edisi Ke-14 Berlangsung Sederhana

Tinggalkan komen

Jun 12, 2011 oleh pemudawilayah


Tahniah diucapkan kepada kontinjen Wilayah Persekutuan yang telah menduduki tempat kelima dengan membawa pulang sebanyak 7 pingat emas, 24 pingat perak dan 33 pingat gangsa. Moga mendapat tempat yang lebih baik pada tahun akan datang

 

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Majlis penutup Sukan Malaysia ke-14 tetap meriah walaupun sederhana di Stadium Mini Bukit Jalil Ahad malam.

Majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 atlet dan wakil kontinjen itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dalam ucapannya, Ahmad Shabery berkata temasya kali ini berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kesukanan, walaupun dengan bajet sederhana.

“Ini merupakan pengajaran kepada kita bahawa penganjuran acara sukan tidak semestinya memerlukan bajet yang tinggi.

“Apa yang penting adalah pembangunan infrastruktur dan program pembangunan atlet di negeri-negeri,” katanya.

Ahmad Shabery turut menyampaikan trofi juara keseluruhan kepada Terengganu, yang meraih 30 pingat emas, lapan perak dan 12 gangsa, kepada ketua kontinjen Datuk Wan Ahmad Wan Muda.

Ini merupakan kejuaraan kali ketiga berturut-turut buat Terengganu.

Sementara itu, atlet Johor, Ahmad Shafie Abdul Jabar, 20, yang meraih tiga emas menerusi acara kanu, dinobatkan Atlet Lelaki Terbaik.

Atlet berbasikal Ju Pha Som Net, 18, dari Perlis, pula merangkul gelaran Atlet Wanita Terbaik hasil kecemerlangan menyumbangkan empat emas.

Majlis turut diserikan tarian 1Malaysia oleh kumpulan penari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di samping persembahan alu-aluan dari Pahang, tuan rumah Sukan Malaysia ke-15 tahun depan.

Terdahulu, Ahmad Shabery menyerahkan bendera kejohanan kepada Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Pahang Datuk Wan Adnan Wan Mamat.

Temasya itu, yang sebelum ini diadakan secara dwitahunan, pertama kali dianjurkan setiap tahun tanpa melibatkan sukan wajib iaitu olahraga, bola sepak, renang, hoki dan badminton.

Sebanyak 4,500 atlet dan pegawai mewakili 14 kontinjen dari seluruh negara, mengambil bahagian dalam 19 sukan pilihan yang dipertandingkan di venue sekitar Lembah Klang dan Kompleks Sukan Bukit Jalil dari 2 hingga 12 Jun.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: