Pemuda PAS santuni anak muda underground

2

Jun 13, 2011 oleh HermanSamsudeen


Oleh Rusli Yasmin

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan berkesempatan bersama dengan anak-anak muda Chow Kit di Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu negara semalam dan bertemu dengan kumpulan underground.

Program yang di bertemakan “Chow Kit Kita” yang dianjurkan oleh anak-anak muda dan aktivis di sekitar Chow Kit dan Kuala Lumpur telah mengadakan berberapa aktiviti seperti pameran, menyanyi bersama, jualan baju dan lain-lain lagi.

Beberapa orang peserta program agak terkejut dan gembira dengan kehadiran Nasrudin dan sempat bergambar bersama-sama beliau dan rombongan.

Selepas itu, rombongan pemuda PAS menjenguk kumpulan underground yang sedang mengadakan konsert mereka berhampiran di situ.

Anak-anak muda underground dan punk yang pada mulanya agak rimas dengan kehadiran Ketua Pemuda PAS yang memakai kopiah itu, akhirnya serasi dan biasa dengan penampilan itu.

Selain bersama-sama mengambil gambar, Nasrudin juga diberi peluang masuk ke dalam dewan konsert yang gelap, yang hanya disuluh oleh lampu neon yang bersimpang siur serta disantap dengan muzik-muzik punk dan underground.

Turut menyertai Nasrudin ialah Khairul Faizi Ahmad Kamil (setiausaha), Kamaruzaman Mohamad (exco), Firdaus Jaafar (exco), Zamri As’ad Khuzaimi (exco) dan kepimpinan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Advertisements

2 thoughts on “Pemuda PAS santuni anak muda underground

  1. NS berkata:

    pak yong n the gang

  2. bun berkata:

    bergambo ngan nazi wt pe……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Jun 2011
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: