Tambah Biasiswa JPA, Hapuskan PTPTN

Tinggalkan komen

Jun 14, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius masalah agihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2011 yang penuh kontroversi hingga menyebab ramai pelajar cemerlang SPM 2010 yang layak tidak menerima biasiswa itu.

DPPWP mendapati jumlah dana biasiswa yang diberikan kepada JPA setiap tahun amatlah terhad, dan Kerajaan BN lebih cenderung mendidik pelajar-pelajar cemerlang ini berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai salah satu langkah bagi melepaskan tanggungjawab sosial kepada rakyat..

Sehubungan dengan itu DPPWP mencadangkan supaya JPA mendedahkan jumlah peruntukan sebenar yang diberikan oleh Kerajaan BN untuk dana biasiswa ini setiap tahun. DPPWP menuntut agar Kerajaan BN meningkatkan peruntukan dana biasiswa JPA selari dengan jumlah pelajar cemerlang yang kian meningkat saban tahun. Sekiranya jumlah pelajar cemerlang semakin bertambah dan jumlah biasiswa diperuntukan masih sama atau tidak mencukupi, maka sampai bila-bila pun masalah ini tidak akan selesai.

Dalam masa yang sama kerajaan BN juga harus akur dengan tuntutan rakyat yang mahu PTPTN dihapuskan dan ditukar kepada biasiswa.

Dalam bab yang lain, DPPWP juga menuntut agar JPA mendedahkan jumlah peruntukan yang diberikan kepada setiap pelajar yang melanjutkan  pengajian di dalam negara berbanding yang pergi ke luar negara. Ini kerana DPPWP melihat kos pengajian didalam negara lebih murah berbanding kos pengajian diluar negara. Berdasarkan pengalaman alumni Universiti dalam dan luar negara, ramai yang mengakui bahawa dengan kos setiap pelajar yang ditaja keluar negara, Kerajaan mampu untuk menaja 4 orang pelajar belajar didalam negara.

Pada hari ini, negara memiliki lebih dari 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam, diikuti dengan puluhan Universiti Pengajian Tinggi Swasta serta pelbagai kolej-kolej dan politeknik yang menawarkan tempat untuk pelajar Malaysia. Malah kebanyakan bidang yang diajar di Universiti Luar Negara seperti kedoktoran, kejuruteraan dan perakaunan kini sudah ada ditawarkan oleh IPT tempatan. Ini berbeza dengan tahun-tahun 50-an hingga 80-an kerana pada masa itu jumlah dan bidang kursus yang ditawarkan oleh IPT tempatan masih terhad.

Oleh itu ada baiknya kerajaan memfokuskan untuk menarik lebih ramai pelajar-pelajar cemerlang ini untuk menyambung pengajian di IPT dalam negara dengan memberikan mereka bantuan biasiswa. Dengan dana yang terhad Kerajaan boleh menawarkan biasiswa kepada lebih ramai pelajar didalam negara berbanding ke luar negara.

DPPWP tidak menolak jika ada permohonan biasiswa kalangan pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara, tetapi biarlah kursus yang mereka ditawarkan itu adalah kursus yang tidak ditawarkan oleh IPT dalam negara yang mana kita tidak mempunyai kepakaran yang mencukupi untuk mengajar mereka seperti bidang berkaitan kajian tenaga nuklear, kejuruteraan industri aeroangkasa, dan yang seumpamanya.

DPPWP juga berharap agar Kerajaan Persekutuan membuat penyelarasan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri yang turut menawarkan biasiswa untuk anak-anak negeri mereka supaya agihan yang dibuat tidak bertindih hingga menyebabkan keciciran peluang bagi pelajar lain yang juga berhak. Agihan juga haruskan adil bagi semua kaum dan tidak dipengaruhi oleh ahli-ahli politik yang memegang kuasa dalam kerajaan.

Akhir sekali DPPWP mengulangi tuntutan rakyat supaya PTPTN dihapuskan dan pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian dalam negara diberikan keutamaan untuk menerima biasiswa atau pendidikan secara percuma. Hanya inilah jalan terbaik untuk kerajaan melabur bagi mempercepatkan pembangunan modal insan demi masa depan negara.

Nurul Islam Bin Mohamed Yusoff
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: