Pemuda Umno Turun Berhimpun, Iktiraf Bersih, Perlekehkan Laporan Polis Umno-Perkasa

Tinggalkan komen

Jun 16, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat keputusan Pergerakan Pemuda Umno yang juga mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini sebagai satu sokongan (silent support) kepada agenda utama Bersih yang mahukan pemulihan demokrasi dilakukan. Ini sekaligus dilihat sebagai tindakan memperlekehkan ketidakmatangan organisasi Umno dan Perkasa yang sebelum ini beria-ria membuat laporan Polis yang kononnya mendakwa Perhimpunan Aman Bersih sebagai ancaman kepada  warga Kuala Lumpur dan kestabilan negara.

Dengan begitu banyaknya laporan Polis yang dibuat, akhirnya Pemuda Umno membuat keputusan yang boleh dianggap seperti menjilat ludah sendiri dan menemplak organisasi Umno-Perkasa. Rakyat tidak lupa bagaimana Ketua Pergerakan itu, Khairy Jamaluddin pada 2007 pernah mengelarkan rakyat yang menyertai himpunan Bersih sebagai “Beruk-beruk di jalanan”. Kini beliau sendiri mahu turun ke jalanan atas alasan mahu memperkukuhkan demokrasi. Mungkin dia sudah sedar siapa dirinya.

Alasan beliau itu juga membuktikan bahawa adanya kepincangan dalam sistem demokrasi negara, adanya kecacatan yang harus diperbaiki dan begitu banyak masalah yang belum diselesaikan hingga Pemuda Umno pun mahu berhimpun. Tidak kisahlah kalau mereka hanya mahu berhimpun kalangan puak-puak mereka sahaja di PWTC dan bukannya bersama rakyat. Tapi dengan pengumuman itu, rakyat sudah mendapat signalnya bahawa Pemuda Umno sendiri jelas tidak berpuashati dengan sistem demokrasi yang ada.

DPPM akan mengerahkan semua ahli Pemuda PAS didalam dan luar negara bagi menyertai Himpunan ini sebagai tanda soladariti bersama rakyat. DPPM mengajak rakyat turun beramai-ramai pada 9 Julai ini untuk menyatakan bantahan kepada sistem demokrasi yang lemah dan pincang ini. Hanya rakyat sahajalah yang mampu membuat perubahan ini.

Ust. Riduan Mohd Nor
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: