Ron 97 Turun 10 Sen Belum Mampu Redakan Kemarahan Rakyat

Tinggalkan komen

Jun 16, 2011 oleh HermanSamsudeen


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) tidak melihat tindakan Kerajaan menurunkan harga minyak Petrol Ron 97 mulai 17 Jun tengah malam tadi sebagai satu langkah yang terdesak tetapi tidak mampu menurunkan harga barang dipasaran yang kian naik hari ini. Penurunan itu juga tidak akan menghentikan mogok yang dilakukan oleh nelayan dan pemandu teksi hari ini. Majoriti rakyat dan kumpulan industri menuntut Kerajaan agar tidak memansuhkan subsidi bagi Diesel, Petrol Ron 95 dan Gas Asli kerana inilah minyak yang banyak digunakan.

Malang sekali yang turun hanya Ron 97, itu pun hanya turun sebanyak 10 sen berbanding kenaikkannya pada 5 Mei lepas sebanyak 20 sen. Kini harga Ron 97 bernilai RM 2.80. Tapi siapa peduli kerana rakyat tahu Kerajaan akan menaikkannya semula selepas ini dengan harga yang tinggi. Malah peniaga yang telah menaikan harga barangan mereka sebelum ini tetap tidak akan turunkan harga. Alasan penurunan ini yang kononnya dibuat atas sensitiviti Kerajaan terhadap harga minyak dunia yang turun juga begitu naif kerana jika benar itu alasan yang mereka mahu gunakan, maka harga minyak Petrol Ron 95, Diesel dan Gas Asli juga hendaklah diturunkan juga. Barulah ia mengikut trend semasa,

Walau apa pun alasannya, jelas penurunan ini bermotifkan politik dan mahu meraih sokongan rakyat yang kini begitu marah sehingga melakukan mogok atau demontrasi di sana sini. Barisan Nasional kini mulai sedar bahawa mereka perlukan sokongan penuh rakyat sebagai persiapan pilihanraya. Oleh itu, kemarahan rakyat harus diredakan segera. Mogok, demontrasi dan komen-komen pasal kenaikan harga harus segera dihentikan.

Buatlah apa sahaja, selagi pemimpin BN tidak menghentikan pembaziran dan salahguna kuasa. Selagi mereka masih mementingkan kroni IPP mereka. Selagi mereka masih mahu melindungi kepentingan mereka dan meneruskan hasrat mengurangkan subsidi untuk rakyat dan melaksanakan GST, maka rakyat pasti akan membuat perhitungan untuk mereka dalam PRU-13.

Tumbangkan BN, rakyat akan lebih sejahtera.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: