ASTRO PERLU TURUN HARGA BUKAN NAIK!!

1

Jun 17, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan ASTRO menaikan harga pakej-pakej yang ditawarkan mulai 11 Julai 2011 melalui satu notis yang dikeluarkan oleh pihak ASTRO pada 7 Jun 2011.

DPPWP merasakan kenaikan kos kandungan dan perbelanjaan aset tetap yang didakwa ASTRO belum cukup untuk dijadikan sebab menaikkan harga pakej ini. Tidak masuk akal sama sekali kerana selama 10 tahun beroperasi dengan lesen eksklusif penyiaran satelit terus kerumah (Exclusive satellite DTH broadcasting license), pihak ASTRO telah pun mengutip keuntungan besar yang mampu mengembalikan pelaburan yang dibuat sebelumnya. Lebih-lebih lagi ASTRO telah menaikan harga pakej pada Ogos 2009 sehingga mencatatkan  keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 650 Juta pada tahun 2009 dan jumlah keuntungan itu terus meningkat kepada RM 800 Juta pada tahun 2010. Walaupun mereka dakwa berlaku kenaikan kos, tetapi nilai keuntungan yang dikutip juga meningkat.

DPPWP juga kecewa dengan sikap tamak Astro yang ingin menaikkan harga pakej walaupun kualiti perkhidmatan yang diberikan amat buruk lebih – lebih lagi ketika musim hujan. Tiada rebet diberikan kepada pengguna yang mengalami gangguan. Malah kami juga mendapat aduan berikutan tindakan ASTRO mengenakan caj tambahan untuk beberapa urusan seperti penyambungan semula dan pemotongan pakej. Selain itu, rancangan yang disiarkan didapati berulang-ulang dan membosankan penonton.

DPPWP menyarankan kepada Kementerian Penerangan,komunikasi dan kebudayaan supaya bertindak lebih serius dalam menjaga hak pengguna.

Kementerian disaran mengkaji semula perjanjian dengan Astro supaya perjanjian baru yang lebih terbuka dan membolehkan satu atau dua lagi syarikat TV berbayar diwujudkan bagi memastikan tiadanya monopoli dalam industri penyiaran berbayar ini yang boleh menyebabkan kerugiaan kepada pelanggan. Elemen persaingan pasti akan memperbaiki mutu dan perkhidmatan ASTRO seperti yang berlaku di dalam industri telekomunikasi pada hari ini dimana Celcom, Digi dan Maxis bersaing memberikan harga dan perkhidmatan terbaik mereka.

DPPWP ingin mengingatkan ASTRO membatalkan kenaikan harga dan juga memperbaiki perkhidmatan yang diberikan atau menghadapi risiko boikot besar-besaran dari rakyat Malaysia.

Nurul Islam Bin Mohamed Yusoff
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

One thought on “ASTRO PERLU TURUN HARGA BUKAN NAIK!!

  1. sandy mandy berkata:

    betul tu, bukan saja perkhidmatan ASTRO lemah pada waktu hujan, dan tidak ada rebat diberikan kepada pelanggan berkenaan isu ini, tetapi iklan-iklan semakin bertambah dan semakin panjang masanya. Pendapat saya, kenaikan harga baru-baru ini adalah tidak munasabah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Jun 2011
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: