Perkasa Khianat, Sokong Utusan Hina Islam

7

Jun 19, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap tindakan Perkasa mempertahankan Utusan Malaysia yang menghina hukum Islam dengan menyiarkan karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” sebagai tindakan khianat kepada Islam. Sangat memalukan bila mana sebuah pertubuhan Melayu yang kononnya organisasi pejuang Melayu dan Islam kini menjadi seperti tikus yang sudah kehilangan gigi untuk mengigit.

Ramai pihak yang mengecam karikatur itu, tapi tiba-tiba sahaja Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali mengatakan ianya tidak menghina Islam. Dengan memainkan isu seolah-olah dalam perundangan Islam permintaan seorang wanita yang didakwa dirogol kerana tiada 4 saksi boleh ditolak begitu sahaja, mereka cuba memesongkan fakta sebenar dan menunjukkan seperti hukum Islam itu sempit. Hakikatnya, kes rogol dan zina tidak sama. Hanya kes zina dan tuduhan zina sahaja yang perlukan 4 saksi sedangkan dalam siasatan kes rogol, faktor dan bukti lain tetap diambil kira. Apakah mereka belum habis lagi khatam Al-Quran atau sudah mengamalkan kitab lain yang hanya menyebut hidup melayu, keris dan kepala lembu.

Nampaknya persepsi rakyat bahawa Perkasa hanya menjadi perkakas Umno dan hanya menyalak bila Umno dihimpit dengan kemarahan rakyat adalah benar. Utusan yang menjadi lidah rasmi Umno akan dikatakan betul walau apa sahaja yang disiarkan tanpa mengira ianya benar atau fitnah atau menghina Islam.

DPPWP menyeru umat Islam menolak pertubuhan Perkasa dan meninggalkan organisasi itu. Rakyat juga harus mengajar Utusan dengan memboikot akhbar berkenaan yang enggan meminta maaf.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

7 thoughts on “Perkasa Khianat, Sokong Utusan Hina Islam

  1. zekbi berkata:

    AS’KUM…
    apasal la dok bagi celaru lagi isu karton tu…! Cuba dengar ceramah agama betul2, berkaitan hukum. Jgn dengar ceramah politik …

    Karton tu bukan hina Islam, tapi hina pemimpin PAS yang ….

    • ramboo berkata:

      ini lah bila dibutakan hati.. mata melihat tp tidak dpt menilai. apakah music itu berkaitan dengan pemimpin? Apakah yg salah pada pemimpin PAS jika dia hendak menegakkan hukum ALLAh.. Kamu lupa kah Sape diri kamu.. Asal usul kamu..? Dari mana kamu datang..? hahaha.. Semoga kamu sedar.. InsyaAllah..

  2. tungkaran hati berkata:

    Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan…tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh….!
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka…! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal….sebuah negara Islam yang berdaulat bukannya negara kebajikan seperti yang dikehendaki oleh DAP!

  3. Fendy Raizo berkata:

    Memang benar, PAS yang dahulunya ku cintai kini jauh dari hati sejak bersetongkol dengan DAP. Apa nak jadi? Tak nampakah pecah belah sedang berlaku? DAP = Pulau Pinang, PKR = Selangor, PAS = Kedah dan kelantan. Sangat jelas tiada persefahaman dalam pemerintahan. Saya sangat sedih dengan PAS sekarang. Sanggup berganding bahu dgn kafir laknatullah demi mencapai kejayaan dengan membenam saudara sesama Islam. Kembalilah ke perjuanan asal

  4. Fendy Raizo berkata:

    Memang benar, PAS yang dahulunya ku cintai kini jauh dari hati sejak bersetongkol dengan DAP. Apa nak jadi? Tak nampakah pecah belah sedang berlaku? DAP = Pulau Pinang, PKR = Selangor, PAS = Kedah dan kelantan. Sangat jelas tiada persefahaman dalam pemerintahan. Saya sangat sedih dengan PAS sekarang. Sanggup berganding bahu dgn kafir laknatullah demi mencapai kejayaan dengan membenam saudara sesama Islam. Kembalilah ke perjuangan asal

  5. Muhammad Fatah berkata:

    salam, saya mewakili mahasiswa di Malaysia tercinta ni. Saya berasa hairan kenapa ada org mempertikaikan dasar perjuangan PAS yang dh tersasar jauh. Saya nak tanya, awak tahu ke apa dasar perjuangan PAS sebenarnya. Awak x bersama2 PAS, x bersama pimpinan PAS, kemudian awak buat pandai2 mengatakan dasar PAS telah tersasar. Dasar PAS ialah ISLAM, tegakkan daulah Islamiyyah yg didalamnya ada sistem2 pemerintahan Islam. Itu x pernah berubah, yg berubah adalah method atau pendekatan. Dasar parti yg memang dh berubah lama ialah UMNO…itu awak x sedar, sbb dikhayalkan dengan duit2 org2 UMNO. Sbb PAS ni selalu membangkang jadi salah PAS saja yg kita nampak. Tapi tu benda biasa dlm pjuangan Islam, cabaran dan tentangan u tegakkan Islam adalah sunnah perjuangan Islam. Apa dasar UMNO sebenar, dasar ni bukan nya chewing gum bla dh tawar buang makan yg baru, dasar adalah hala tuju sesebuah organisasi, dasar UMNO sebnr ialah u membela hak org melayu di Malaysia ni, mmg x nafikan diorg ad membela hak melayu tp dulu skrg ni, diorg bukan membela org melayu ttp bila duit jadi segala2nya bukan org melayu dan rakyat melayu tetapi lebih kepada membela konco2 mereka…mereka sanggup melakukan ap saja u membolehkan mereka menguasai malaysia…sanggup melakukan apa saja asalkan mereka berkuasa. mane dasar membela orang melayu, rakyat sekrg terseksa, yg miskin tertindas dan yg kaya terus mendominasi..sekadar pandangn

  6. aku manusia berkata:

    aku tak pro mana2 pertubuhan smada pkatan rakyat atau BN.
    tapi aku tak paham kenapa bila sensitiviti berkaitan dengan melayu atau islam selalu suka di isu2kan, padahal isu nye hanya kecil. pihak sana hentam sini, pihak sini hentam sana.
    cuba bermusyawarah dan duduk berbincang untuk menyelesaikan semua perkara. Jadi matang dlam permikiran di dunia moden dan global ni. Tapi apa2 pun bagi aku politik itu tersengat lah kotor.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Jun 2011
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: