PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PASTIKAN 60,000 ANAK-ANAK MUDA KOTA TURUN HIMPUNAN BERSIH 2.0

Tinggalkan komen

Jun 22, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) sedia ‘turun padang’ dengan menggandakan aktiviti di setiap kawasan dan cawangan bagi memastikan kehadiran maksimum warga kota Kuala Lumpur khususnya anak-anak muda hadir ke Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011. Menjadi tanggungjawab DPPWP membangkitkan kesedaran agar warga Wilayah Persekutuan turun seramai mungkin bagi memeriahkan himpunan Bersih 2.0 ini.

DPPWP percaya, dengan promosi percuma dari media arus perdana, ditambah dengan peranan maksimum media alternatif dan media baru, anak-anak muda Kuala Lumpur yang sememangnya celik maklumat pasti akan turun beramai-ramai pada himpunan 9 Julai 2011 ini.

Hasil dari tinjauan dan promosi umum DPPWP selama ini, sokongan dan minat masyarakat khususnya anak-anak muda menyertai Himpunan Bersih 2.0 amat menggalakkan. DPPWP menetapkan sasaran seramai 60,000 anak-anak muda Kuala Lumpur akan menyertai himpunan kali ini. Bahkan, DPPWP masih mendapatkan respons positif dari ramai orang yang ingin menyertainya termasuk mereka yang akan datang dengan berkeluarga. Mereka ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat serta pelbagai kaum yang memberikan sokongan padu. Sehinggakan ada golongan OKU dan warga emas yang turut menunjukkan minat untuk hadir bersama-sama.

Justeru bagi memastikan kehadiran yang maksimum dan mencapai sasaran 300,000 rakyat berhimpun, DPPWP akan mengadakan Ceramah Pelancaran Himpunan Bersih 2.0  pada 28 Jun 2011, jam 9.30 malam bertempat di Darul Ummah, Kg Pandan, Kuala Lumpur yang akan menampilkan YB Hj Salahuddin Ayub, YB Dato’ Hj Mahfuz Omar, (dua Naib Presiden PAS), Tuan Haji Mohamad Noor bin Mohamad, Pesuruhjaya PAS WP dan Saudara Kamaruzaman Mohamad, Ketua DPPWP.

Selain itu, kempen melalui edaran risalah dan media baru turut akan dibuat di setiap kawasan. DPPWP akan masuk ke pasar-pasar, pasar malam, pasaraya, padang permainan, Flat dan Perumahan Rakyat (PPR) dan lain-lain lagi bagi memastikan setiap warga mendapat maklumat himpunan ini.

Akhir sekali DPPWP menyambut baik seruan Ketua Pemuda PAS Malaysia agar memakai baju Bersih 2.0 pada 2 Julai 2011 sebagai hari Pra Himpunan. DPPWP akan memulai Pra Himpunan di Kuala Lumpur dengan mengkuningkan bandaraya Kuala Lumpur pada 2 Julai 2011 nanti.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: