Pemuda Umno dan Perkasa Bertelagah, Bersih Terus Mara

1

Jun 22, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melihat adegan serang-menyerang antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berhubung himpunan 9 Julai begitu menghiburkan rakyat yang sebelum ini sedikit  terganggu bila diasak oleh pelbagai ugutan oleh kedua-dua pihak ini. Khairy minta Presiden Perkasa, Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana mengeluarkan kenyataan “perkauman, menghasut dan berbahaya,”. Manakala Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris, pula mahu Khairy disiasat di bawah ISA kerana turut melibatkan diri dalam perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.

Paling menarik sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online. Situasi pada masa ini nampaknya begitu menyebelahi Bersih dan rakyat. Bersih terus mara walaupun pada mulanya ada pihak yang cuba membuat kacau dan mengugut mahu melakukan huru hara. Termakbulah doa orang-orang yang beriman yang bertekad menyertai Bersih kerana Allah memecah belahkan golongan yang takut pada perpaduan rakyat melalui Bersih. Mereka mahu memecah belahkan sokongan rakyat pada Bersih. Akhirnya mereka sendiri yang berpecah dan bercakaran.

DPPP yakin dengan keikhlasan rakyat yang akan turun 9 Julai ini, segala ancaman dan ugutan dari Perkasa atau pihak-pihak lain hanyalah menambahkan semangat mereka sahaja. Semakin di desak, diugut, ancam, maka semakin kuatlah iltizam rakyat menuntut perubahan.

DPPP mengesa seluruh Jentera Penerangan PAS, khususnya jentera pemuda untuk mempertingkatkan promosi Bersih melalui ceramah, roadshow, edaran risalah serta kempen siber. Setiap rakyat berhak untuk tahu tentang Bersih dan himpunan 9 Julai. Mereka wajib tahu hak demokrasi mereka dan penyelewangan yang berlaku dalam Pilihanraya serta 8 tuntutan Bersih.

Kepada Pemuda Umno dan Perkasa, mari sertai Bersih atau duduk sahaja dirumah menjadi suri rumah kalau tidak berani berdepan dengan tuntutan rakyat.

Ayuh anak muda, ayuh rakyat. Katakan Ya pada “Bersih” dan Ya untuk “Hak Demokrasi” anda. Mari kita KUNINGKAN Kuala Lumpur 9 Julai ini.

Riduan Mohd Nor
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat

One thought on “Pemuda Umno dan Perkasa Bertelagah, Bersih Terus Mara

  1. Othman Rahim berkata:

    merepek la kau. kau ingat Allah nak masuk campur politik-politik ni semua. Pembangkang Kerajaan sama je. Duit. Walaupun kau bagi milo kat org miskin, tetap rasuah jugak namanya. x payah la ingat korg ni suci. sumpah aku benci post ni. Benda ni akan membawa kepada kehuru haraan. Aku x suke politik, aku x suke pembangkang dgn kerajaan skali. tp cukup je ayah aku bg aku makan. aku x pedulik korang rasuah atau tidak asalkan negara ini aman. x ada pun peperangan sepanjang kerajaan memerintah. korang pembangkang hanya nak kan kuasa and duit kalau dapat memerintah. Tu yang korang timbulkan isu yang merepek. Haish Politik-politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: