PEMUDA PAS WP ALU-ALUKAN PELANCONG HIMPUNAN BERSIH 2.0 KE KUALA LUMPUR

Tinggalkan komen

Jun 23, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kehadiran 300,000 rakyat Malaysia yang akan menjadi pelancong dalam Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur. DPPWP menyatakan kesanggupan menjadi tuan rumah kepada Himpunan BERSIH yang dianggap himpunan terbesar dalam sejarah kemerdekaan negara.

Dalam memastikan perjalanan semua pelancong BERSIH 2.0 ini dalam keadaan terkawal dan selamat, DPPWP menawarkan sejumlah anggota AMAL dan Pemuda yang akan bertugas siang dan malam bagi membantu melicinkan perjalanan peserta Himpunan Bersih nanti. Mereka ini akan ditugaskan dipelbagai tempat sekitar ibukota Kuala Lumpur sama ada sebagai penunjuk jalan, menjaga keselamatan, kebersihan, trafik dan lain-lain tugas yang akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Selain itu, DPPWP dengan kerjasama PAS WP akan menawarkan tempat-tempat penginapan yang berupa markaz PAS Kawasan-kawasan, Cawangan-cawangan serta rumah ahli dan pimpinan PAS sekitar Kuala Lumpur. Kesemua tempat ini adalah akses mudah kepada pengangkutan awam yang sedia tersedia.

Selain itu, DPPWP juga mengharapkan peniaga-peniaga sekitar Kuala Lumpur akan meneruskan perniagaan mereka tanpa rasa bimbang atau takut kerugian. Biasanya peserta mana-mana himpunan yang pernah dianjurkan akan membeli belah bagi mengisi perut atau sebagai saguhati untuk dibawa pulang dan perniagaan peniaga di ibu kota pasti akan laris melebihi hari-hari lainnya. Justeru itu, DPPWP menyarankan agar peniaga-peniaga meningkatkan jualan mereka menjelang Himpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 nanti.

Bagi mengharapkan kejayaan penganjuran Himpunan BERSIH, majlis solat hajat dan munajat akan dilaksanakan oleh pemuda kawasan-kawasan. Ia akan bermula dari sekarang dan berlanjutan sehinggalah ke hari himpunan tersebut. Akhir sekali, DPPWP mengharapkan agar Himpunan BERSIH dapat dijayakan dengan selamat tanpa apa-apa insiden yang tidak diingini berlaku.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: