SYABAS PERLU MOHON MAAF, BUKAN MENYALAHKAN KERAJAAN NEGERI!!

Tinggalkan komen

Jun 23, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan kegagalan pihak Syabas yang tidak membuat makluman awal berhubung gangguan bekalan air yang berlaku disekitar Lembah Klang sejak semalam sehingga ke hari esok. DPPWP difahamkan gangguan ini berpunca dari aktiviti penyedia air untuk Syabas iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPALSH) yang melakukan penyelengaraan Sluice Valve dan juga Pam Air serta melakukan pembersihan loji rawatan air mereka. Kesempatan ini juga digunakan oleh pihak Syabas untuk menambahbaik sistem penyaluran air mereka. Jadi ianya nampak aneh apabila pihak Syabas menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor sebagai punca gangguan bekalan air ini.

DPPWP juga merasa hairan kenapa sejak tahun 1997 Syabas mengambil alih pengurusan air melalui program penswastaan air sehingga kini, masih berlaku masalah gangguan bekalan air. Apakah selama 13 tahun ini Syabas hanya mengaut keuntungan dengan mengabaikan aspek penyelengaraan? Ini jelas menunjukan bahawa Syabas tidak layak untuk menguruskan aset air Negeri Selangor.

DPPWP juga merasa kesal kerana Syabas tidak memohon maaf kepada pengguna yang terjejas, sebaliknya hanya menuding jari kepada pihak Kerjaaan Negeri Selangor. DPPWP juga ingin bertanya apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Syabas bagi membantu pihak peniaga yang terjejas akibat gangguan air ini. Syabas sepatutnya bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan terbaik mereka dan bukanya hanya tahu mengaut untung sahaja.

Oleh sebab itu DPPWP menyokong penuh hasrat Kerajaan Selangor untuk mengambil alih pengurusan air bagi seluruh wilayah di Lembah Klang ini.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: