24 Jun 2011-Demontrasi Membantah Karikatur Utusan Malaysia

Tinggalkan komen

Jun 24, 2011 oleh HermanSamsudeen


Karikatur: PAS buat demo, gesa KDN gantung permit Utusan
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 24 Jun — PAS mengadakan demonstrasi di bandar-bandar utama hari ini sambil menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia berhubung penyiaran karikatur yang didakwa menghina agama Islam.

Selain itu, parti Islam itu juga mahu polis dan jabatan agama menyiasat karikatur yang disiarkan pada 15 Jun lalu.

Hari ini, demonstrasi diadakan di beberapa negeri termasuk Perak, Pulau Pinang, Melaka dan Terengganu ekoran keengganan Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan karikatur itu.

Demonstrasi anjuran PAS di pekarangan Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur membantah karikatur terbitan Utusan Malaysia.

“Kita sudah hantar memorandum supaya Utusan Malaysia meminta maaf tapi sehingga hari ini mereka tidak berbuat demikian… kita tidak boleh membiarkan akhbar yang menghina Islam.

“Sekali lagi kami mahu Utusan Malaysia meminta maaf kepada seluruh umat Islam, kita juga mahu polis, jabatan agama menyiasat kartunis dan editor-editor yang menghina Islam ini,” kata Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan Nasaie Ismail ketika menyampaikan ucapan di pekarangan Masjid Jamek, Kampung Baru di sini selepas solat Jumaat.

Minggu lalu Dewan Pemuda PAS pusat memberi tempoh tujuh hari kepada Utusan Malaysia agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai “Miki”.

Utusan Malaysia telah menyiarkan karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” dan ia menurut Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan menghina Islam.

Dalam demonstrasi aman yang disertai kira-kira 50 orang turut melaungkan slogan “Utusan Hina Islam”, “Hancur Utusan Malaysia”, Boikot Utusan Malaysa”, “Hidup Umat Islam”, “Jangan Hina Ajaran Islam” dan “Batalkan Permit Utusan Malaysia.”

Peserta demonstrasi itu juga membakar Utusan Malaysia sebagai simbolik membantah tindakan akhbar milik Umno.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya III PAS Wilayah Persekutuan Ahmad Sabki Yusof berkata KDN perlu mengambil tindakan segera dengan menggantung permit Utusan Malaysia.

“Ini menunjukkan satu kebiadapan mereka yang menghina Islam dan menghina ajaran Islam… mereka telah lakukan kesalahan besar kepada umat Islam.

“KDN perlu mengambil tindakan segera, kami gesa KDN menggantung permit Utusan Malaysia… kami juga mahu pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas ke atas akhbar itu yang jelas menghina Islam,” katanya.

Pagi tadi, Dewan Muslimat PAS pusat telah membuat aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan menggesa agensi itu melakukan siasatan ke atas Utusan Malaysia.

Sayap PAS itu juga mahu Jawi menyiasat pembabitan biro politik Umno dalam pengeluaran dan penerbitan karikatur tersebut.


Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Jun 2011
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: