8 Tuntutan Bersih 2.0

5

Jun 29, 2011 oleh HermanSamsudeen


Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Advertisements

5 thoughts on “8 Tuntutan Bersih 2.0

  1. assalamualaikum…… pada saya alasan-alasan di atas ada sesuatu yang baik dan lengkap….. tapi saya sebagai seorang yang tidak lah arif tentan politik dan perundangan …hanya ingin bertanya …. tidak kan ada jalan yang lain selain perhimpun jalanan kita buat untuk membawa permasalahan yang berbangkit ini untuk di utarakan kepada pihak2 yang berkenaan…? atau pun kenapa tidak kita lantik sahaja orang yang berpengaruh yang sependapat dengan kita untuk membentuk satu pertubuhan yang mewakili semua rakyat yang inginkan kebenaran di tegakkan di negara kita…untuk membawa perkara yang dinyatakan kepada yang berwajib…..? kerna saya percaya dikalangan kita yang mempunyai misi dan visi yang sama dalam perhimpunan yang hendak di buat pada tarikh yangtelah di tetapkan ….tentunya terdiri dari orang-orang yang hebat-hebat di bidang politik dan peundangan….sekarang ini tentu sudah di ketahui seluruh rakya bahawa orang cerdik panda telah ramai yang bersau untuk menegakkan kebenaran …jadi tentu rakyat yangtidak dibutakan denganwang dan pangkat akan setia di belakang kita yang menegakkan apa yang mereka juga harap kan….

    sekadar pertanyaan dari seorang hamba yang bodoh….

  2. Bismillah, Tuntutan Bersih adalah tuntutan keadilah, adalah menjadi tanggungjawab semua umat yang mengakui hamba Allah, Bagi umat Islam ini adalah kemestian untuk diperjuangkan dan sebagai amalan yang baik yang diberi pahala oleh Allah. Di samping mencegah kemungkaran Penipuan, kezaliman memfitnah, penyalahan kuasa keatas umat manusia, keganasan pihat keselamatan ke atas rakyat yang cintakan kesejahteraan.

  3. Nor Ain says:

    assalamualaikum..
    saya rasa perkara ini perlu dibincang secara baik.bukan demonstrasi jalanan.
    -tiada senjata yg terlibat.
    -jika amalan demonstrasi berterusan, malaysia akan kerugian besar, perpecahan rakyat melayu islam yg majoriti
    -kedua2 pihak harus bekerjasama antara 1 sama lain untuk rakyat

  4. aduka says:

    tuntutan tu bersih tapi org yang menuntut tu yang tak bersih , melalak, lalak macam org sawan tu wat , ape pun tak dapay,

  5. mr.a says:

    Bersih adalah sandiwara semata-mata. Ia hanya menguntungkan geng komunis, kuasa-2 luar yang iri hati dengan keamanan dan kemakmuran malaysia. orang-2 melayu yang menyertai bershit adalah orANG YANG TERAMAT BODOH. MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI. TAK BERSYUKUR LANGSUNG.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 121 other followers

Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: