DPPWP Kutuk Serangan Ke Atas Pejabat Umno

Tinggalkan komen

Jun 30, 2011 oleh HermanSamsudeen


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk serangan pihak tidak bertanggungjawab yang menyimbah cat dan membaling ayam yang disembelih ke bangunan pejabat UMNO Cheras dan Bandar Tun Razak pagi ini. Tindakkan ini jelas bertentangan dengan Islam.

DPPWP juga kesal dengan tindakan samseng pemuda Umno yang berkumpul dan membuat bising dihadapan pejabat PKR baru-baru ini. Begitu juga dengan beberapa siri himpunan Perkasa sebelumnya yang membakar gambar Ambiga sambil melaungkan slogan perkauman. DPPWP menolak sebarang aktiviti provokatif, mengugut, ekstrem dan samseng dalam menyampaikan pandangan kepada mana-mana pihak.

DPPWP yakin rakyat juga tidak lupa insiden membaling kepala babi, membakar gereja dan rumah ibadat lain sebelum ini yang sengaja dilakukan bagi memberikan ketakutan kepada rakyat. DPPWP tidak menolak, tindakan ke atas bangunan UMNO kali ini juga mempunyai niat yang sama.

Mengimbas suasana sebelum himpunan Bersih yang pertama, semuanya berjalan dengan aman. Pada ketika itu tiadanya pertubuhan ekstrem seperti Perkasa hari ini yang setiap hari mencanangkan ugutan dan membakar kemarahan rakyat. DPPWP memberi jaminan, Himpunan Bersih 2.0 tetap berjalan dengan aman walaupun Perkasa, Pemuda UMNO dan penyokong mereka tidak mahu berhenti dari melakukan tindakan provokasi mereka.

Kepada peserta himpunan Bersih 2.0, datanglah beramai-ramai ke Kuala Lumpur dengan aman dan pedulikan provokasi Perkasa dan Pemuda Umno. Negara ini milik anda juga dan sesiapa pun bebas berada di mana-mana tempat di negara ini.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: