Daftar Pemilih Secara Automatik : Kenyataan SPR Tidak Munasabah

Tinggalkan komen

Julai 5, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melihat alasan SPR untuk tidak melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas sebagai tidak munasabah dan sangat remeh. Dalam kenyataan terbaru SPR menolak cadangan ini dengan beralasan sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatat dalam kad pengenalan mereka.

Bagi DPPWP, SPR sengaja tidak mahu melaksanakan pendaftaran pemilih automatik dan alasan yang diberikan tidak boleh diterima sama sekali kerana ia bersifat teknikal semata-mata. DPPWP kesal kerana SPR masih bersikap skeptikal untuk membenarkan seluruh rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun menunaikan hak mereka dalam pilihanraya.

Sepatutnya SPR perlu melihat masalah yang lebih besar iaitu berapa ramai rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pengundi sebagai isu pokok. Soal pengundi yang tidak tinggal di alamat seperti dalam kad pengenalan adalah isu teknikal yang boleh diperbaiki. Pengundi tersebut boleh memilih untuk menukar alamat mengikut kad pengenalan atau terus mengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan.

Dalam keadaan sekarang, mekanisme menggunakan Penolong Pendaftar Sementara (PPS) yang dilantik sebagai ejen mendaftar pemilih masih belum mampu untuk mendaftarkan sejumlah pengundi. Dengan kekangan tenaga, masa dan wang ringgit, masih ramai rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pemilih. Selain itu, tahap kesedaran masih rendah bagi rakyat Malaysia untuk mendaftarkan diri mereka sebagai pemilih. Apakah dorongan bagi rakyat Malaysia untuk menjadi pemilih selain dari celik politik dan kecenderungan mereka memilih parti politik mereka.

Justeru, SPR sepatutnya mempermudah urusan rakyat Malaysia dengan pelaksanaan sistem ini. Tidak perlu bermain kebimbangan pengundi tidak akan turun mengundi jika jauh dari tempat tinggal mereka, kerana sistem ini belum dilaksanakan lagi. Laksanakan dulu, baru lihat kesannya!

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 121 other followers

Julai 2011
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: