KEMUNCAK KETAKUTAN UMNO PADA KEBANGKITAN RAKYAT

1

Julai 5, 2011 oleh pemudawilayah


Oleh : Mohamad Suhaimi Abdul Aziz

Darjah suhu ketakutan UMNO-BN pada kebangkitan rakyat semakin memuncak akhir-akhir ini. Kalau dahulu warna hijau dan putih menjadi kebencian tidak berkesudahan buat UMNO. Kini warna kuning dan perkataan BERSIH menjadi momokan hitam buat mereka, sehinggakan pemimpin Pakatan Rakyat serta rakyat jelata yang memakai baju kuning dengan perkataan BERSIH ditangkap sewenang-wenangnya.

Belum pernah terjadi dalam sejarah, tangkapan dibuat sebelum sesuatu program dilaksanakan. Namun ini yang terjadi dalam sebuah negara demokrasinya tinggi seperti Malaysia. Habis seluruh jentera kerajaan dikerah bagi memerangi kumpulan BERSIH 2.0. PDRM diarah menangkap sesiapa sahaja yang memakai baju kuning tertulis perkataan BERSIH hatta di dalam markaz atau rumah mereka sendiri. Nasib baik pasukan bolasepak Malaysia tidak ditangkap kerana memakai baju kuning!

PERKASA dan NGO seangkatan dengannya diupah bagi memperburuk dan mengugut BERSIH. Pemuda UMNO pula sibuk mengepung dan mencabar untuk membakar bangunan PKR. Tentera pula diarah bersiap siaga bagi memerangi kumpulan ini, seakan-akan Kumpulan BERSIH 2.0 adalah kumpulan subversif yang akan menyerang negara. Para agamawan disuruh mengeluarkan fatwa haramnya BERSIH 2.0 (walaupun mereka tidak pernah dijelaskan apakah maksud BERSIH 2.0 itu), sehinggakan khutbah Jumaat dipolitikkan mengikut selera mereka agar mengharamkan Himpunan BERSIH 2.0.

GAMBARAN NEGATIF HIMPUNAN BERSIH 2.0

Himpunan BERSIH digambarkan suatu himpunan yang bakal memporak perandakan negara, merugikan peniaga-peniaga, merosakkan harta awam, menyebabkan kesesakan lalulintas serta mengganggu ketenteraman awam. Digambarkan Himpunan BERSIH 2.0 adalah agenda untuk menumbangkan kerajaan UMNO-BN di jalanraya, sepertimana yang terjadi di negara-negara Arab ketika ini. Benarkah begitu?

Sedangkan pemimpin BERSIH acapkali menyebut, bahawa mereka adakan himpunan sekadar untuk meluahkan rasa hati mereka dalam melihat kebobrokan sistem pilihanraya yang berlangsung di negara ini. Tidak ada agenda tersirat dalam himpunan ini melainkan semuanya telah dijelaskan. Himpunan akan dibuat secara aman, tempat berhimpun dinyatakan, berarak juga secara aman, ada kawalan trafik, kawalan keselamatan, serahan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agung, dan setelah itu, tamatlkah himpunan ini.

Bukankah telah berpuluh demonstrasi diadakan sebelum ini dan kesemuanya akan berakhir dengan aman. Bahkan pernah ada demontrasi yang diadakan bersama dengan UMNO dalam isu kemanusiaan sejagat. Adakah berlaku kekecohan selama ini? Jika ada pun kekecohan, itu kerana tindakan provokasi yang dilakukan oleh pasukan keselamatan atau orang tertentu.

Bandingkan dengan negara-negara yang tinggi nilai demokrasinya. Apabila digerakkan suatu perhimpunan atau perarakan, biasanya pasukan keselamatan akan memberi laluan yang mudah. Disediakan jalan untuk berarak dan tempat untuk berhimpun. Dikawal lalulintas untuk kenderaan. Dibenarkan pemimpin untuk berucap. Dibenarkan serahan memorandum dilakukan. Setelah masa yang diberikan tamat, maka disuruh bersurai dengan aman.

TUNTUTAN BERSIH

Sebenarnya apa yang perlu ditakutkan oleh kerajaan UMNO- BN pada Himpunan BERSIH 2.0?. Adakah rakyat sebenarnya tahu apa yang BERSIH tuntut? BERSIH sekadar mengemukakan 8 tuntutan untuk dipenuhi. Mereka menuntut pembersihan senarai daftar pemilih, menghapuskan undi pos, penggunaan dakwat kekal, masa kempen minimum 21 hari, akses media yang adil dan bebas, hapuskan rasuah, serta hentikan politik kotor.

Adakah sesuatu yang membahayakan keselamatan negara dengan 8 tuntutan ini? Di mana silapnya 8 tuntutan ini sehingga diisytihar BERSIH adalah bahaya? Apakah ia keluar dari semangat dalam perlembagaan negara? Bukankah semua tuntutan ini bermaksud mahu memperbaiki semua kelemahan yang ada dalam sistem pilihanraya di negara ini? Mungkinkah kerana tuntutan BERSIH boleh memudaratkan masa depan UMNO dalam PRU ke 13 sehingga ia terpaksa ‘DIBERSIHKAN’ dalam pelbagai operasi.

PILIHANRAYA DI MALAYSIA : TELUS DAN ADILKAH?

Bila ditanya apakah bebas atau telus gelanggang pilihanraya di Malaysia? Sebaliknya, bila disoalkan pula apakah bentuk kezaliman atau ketidak adilan kerajaan UMNO-BN pada Pakatan Rakyat selama ini?

Untuk menjawab persoalan ini, lihatlah bagaimana cara layanan kerajaan UMNO-BN terhadap tuntutan BERSIH 2.0. Bagaimana media negara diputar belitkan untuk memburukkan BERSIH. Senario ini cukup untuk menggambarkan bagaimana layanan kerajaan UMNO-BN terhadap pembangkang di negara ini setiap kali pilihanraya umum atau kecil berlangsung.

Dengan layanan media yang sedemikian rupa, dengan penggunaan jentera kerajaan tatkala PRK atau PRU berlangsung, dengan menggunakan harta dan wang berjuta ringgit (rasuah pilihanraya), dengan penyelewengan undi pos, penyelewengan daftar pemilih yang sangat ketara, dan lain-lain lagi apakah lagi yang boleh diharapkan dari sistem pilihanraya di Malaysia?

Sudah terlalu lama rakyat menderita hasil dari kezaliman UMNO-BN dalam setiap kali pilihanraya. Rakyat sudah semakin celik dan cerdik dalam membuat penilian tahap mana keadilan dan demokrasi di negara ini ditegakkan. Rakyat mudah membandingkan tahap demokrasi Malaysia dengan Turki, Indonesia, Thailand, Australia dan negara-negara lainnya. Ternyata kita terlalu jauh ketinggalan!

Ramai percaya jika kerajaan UMNO-BN bertindak adil, mereka bukan setakat dihormati rakan dan lawan, bahkan mungkin akan memenangi kembali hati rakyat. Kemenangan dalam PRU ke 13 sudah pasti akan menjadi milik mereka. Sayangnya mereka tidak membaca pemikiran itu, dan memilih untuk membenci dan dibenci rakyat, agar boleh menang dalam PRU ke 13 dalam pentas ‘wayang’ demokrasi yang mereka reka-reka sendiri.

Advertisements

One thought on “KEMUNCAK KETAKUTAN UMNO PADA KEBANGKITAN RAKYAT

  1. mamat berkata:

    blah la lubai…….macam lu bagus sangat……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

Julai 2011
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: