PEMUDA PAS TUNTUT SIASATAN KEGANASAN POLIS DIBUAT

Tinggalkan komen

Julai 11, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menuntut agar satu siasatan dibuat kepada beberapa insiden keganasan pihak Polis ketika cuba menghalang Himpunan Aman Bersih 9 Julai lepas. Pihak Polis harus mengambil tanggungjwab diatas kematian  Allahyarham Baharudin Ahmad serta menjelaskan dua rakaman klip video dari Malaysiakini dan AlJazeera yang disebar di Youtube yang jelas membuktikan keganasan anggota Polis.

Allahyarham Baharudin Ahmad, 58 tahun yang berada di KLCC meninggal dunia selepas terhidu asap bom pemedih mata yang ditembak oleh FRU. Bahan kimia 2-Chlorobenzalmalononitrile (CS) yang menjadi bahan utama bom berkenaan menjadi punca mangsa mengalami trauma, sesak nafas dan kegagalan fungsi jantung hingga menyebabkan kematiannya. 31 Disember 2010 yang lalu, perkara yang sama berlaku kepada seorang wanita Palestin berumur 36 tahun, Jawaher Abu Rahmah yang mati selepas terhidu gas pemedih jenis yang sama digunakan oleh rejim Israel di Tebing Barat. Dr. Mohammed Aideh, Pengarah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan, Kementerian Kesihatan Palestin telah mengesahkan perkara itu walaupun Israel enggan bertanggungjawab. Kini perkara ini berlaku di Malaysia, dan Polis mengulangi sikap Israel itu. DPPM berharap agar satu siasatan dibuat bagi memberi keadilan kepada mangsa dan keluarganya.

DPPM juga mahu penjelasan Polis berhubung klip video Malaysiakini bertajuk “Police beating” yang dirakamkan di Jalan Tunku Abdul Rahman yang memaparkan beberapa anggota polis berpakaian reman menumbuk, menendang, memijak serta memaki hamun seorang peserta bersih yang telah dibaringkan diatas jalan raya. Klip Video AlJazeera bertajuk “[BERSIH 2011] RIOT BY POLICE – Live Footage From Al-Jazeera” yang dirakamkan di Jalan Pudu pula menunjukan keganasan anggota Polis beruniform menembak gas pemedih mata dan kemudiannya meluru untuk menendang dan memukul peserta Bersih yang duduk.

Beberapa insiden lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengawalnya yang di pukul Polis hingga tercedera, begitu juga kepada seorang lelaki lain di Pudu yang pecah kepala diserang Polis serta banyak lagi bukti-bukti keganasan Polis menuntut pertanggungjwaban Ketua Polis Negara dan organisasinya.

DPPM akan memastikan isu ini menjadi kes utama untuk pihak Suhakam serta disiasat secara lebih terperinci. DPPM yakin rakyat mahukan jawapan diatas ketidakjujuran Ketua Polis Negara yang menutup mata dan menafikan keganasan ini.

Riduan Mohd Nor
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Lampiran link video klip

klip video Malaysiakini bertajuk “Police beating”-http://www.youtube.com/watch?v=ZqCmcF7pZZI
Klip Video AlJazeera bertajuk “[BERSIH 2011] RIOT BY POLICE – Live Footage From Al-Jazeera”-http://www.youtube.com/watch?v=uqegLG8wfxc

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Julai 2011
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: