Saksi BERSIH mengadu pada Suhakam

Tinggalkan komen

Julai 13, 2011 oleh pemudawilayah


Malaysiakini

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini mendengar aduan daripada beberapa orang awam yang mendakwa terdapat keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu.

Hadir bersama pemimpin Pemuda PAS, beberapa saksi kejadian tampil menceritakan pengalaman mereka kepada suruhanjaya itu.

Menurut seorang pembantu doktor Abu Bakar Abdul Rahman, dalam perhimpunan itu, beliau menyaksikan sendiri berlakunya polis menyalahgunakan kuasa mereka.

Dengan sebak, pengamal perubatan itu berkata, terdapat peserta yang sedang “bersujud” di atas jalan raya ditendang oleh polis dengan sengaja.

“Saya tidak nampak apa kesalahan yang dia buat, saya rasa dia (polis) hilang ingatan masa itu,” dakwanya.

Dakwanya, beliau juga melihat beberapa peserta perhimpunan yang dibelasah sehingga patah kaki dan tidak mendapat sebarang bantuan daripada polis.

Minta nyawa

Sementara itu Pengerusi Angkatan Warga Aman Malaysia (AMAN) Rajaretinam Armuggan pula menceritakan detik-detik terakhirnya berada di sisi Baharuddin Ahmad yang dilaporkan meninggal dunia selepas hadir ke perhimpunan itu.

“Saya nampak dia pegang dada dia. Ada dua pegawai polis di depan. Saya merayu tapi mereka menolak untuk bercakap (dengan saya),” katanya.

“Kesilapan saya tidak ambil nombor (baju) polis tersebut.”

Seorang lagi saksi Nurpais Ismail mendakwa pihak polis melemparkan banyak tembakan gas pemedih mata ketika orang ramai berkumpul di Masjid Jamek sehingga menyebabkan seorang warga emas sesak nafas.

“Ada mak cik, pak cik, saya lihat ada seorang mak cik seolah-olah meminta nyawa (sukar bernafas),” katanya yang turut ditahan polis tanpa dimaklumkan kesalahan yang dilakukan.

Sementara seorang peguam PAS Mazwan Johar yang bertugas memantau keadaan di balai polis Jinjang pada Sabtu lalu mengesyaki polis ingin menyembunyikan sesuatu apabila kebanyakan mereka memakai jaket yang menutup nombor bajunya.

Halang kebebasan agama

“Jaket tersebut menutup tanda nama dan pangkat mereka. Kami sebagai peguam yang tahu apa yang perlu dibuat pun, tidak dapat berbuat apa-apa (sebab tidak tahu identiti polis itu),” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Malaysia (Juham), Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi mendakwa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan “kekerasaan yang tidak munasabah” untuk menyuraikan peserta.

Beliau juga mendakwa, tindakan polis menghalang peserta perhimpunan memasuki dua masjid utama di Kuala Lumpur – Masjid Negara dan Masjid Jamek – menghalang kebebasan beragama seperti dijamin dalam perlembagaan.

“Masjid Jamek dan masjid negara telah dikunci oleh pihak polis. Mereka (peserta himpunan) terpaksa sembahyang di kaki-kaki lima, di bawah pokok seperti keadaan di luar negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan menyerahkan memorandum kepada Suhakam yang mendakwa polis menafikan akses peguam kepada peserta yang ditahan.

Memorandum enam helai itu diterima oleh Naib Pengerusi Suhakam Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee. Kira-kira 50 penyokong PAS dan aktivis NGO turut hadir memberikan sokongan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Julai 2011
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: