Dewan Ulamak Kesal Kerana Hukum Demontrasi Ditafsir Luar Daripada Konteks Sebenar

1

Julai 15, 2011 oleh pemudawilayah


Kuala Terengganu, 15 Julai 2011 – Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat , Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib menyifatkan bahawa kenyataan muka hadapan utusan yang disiarkan pada hari ini berkenaan hukum demontrasi  sebagai pandangan yang dikemukakan di luar konteksnya yang sebenar.

Pandangan pendakwah tersebut sesuai sekiranya dilaksanakan di dalam sebuah negara yang Islam yang melaksanakan undang-undang Islam dengan penuh keadilan. Adapun sekiranya keadaan sebaliknya maka menjadi kewajiban kepada rakyat untuk menjalankan tugasan amar ma’ruf nahi munkar di dalam kerangka syarak. Konsep ini adalah tersangat jelas di dalam Islam sebagai ‘check and balance’ dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

“Apa yang berlaku di Malaysia sekarang ialah rakyat Malaysia tidak ada pilihan untuk menegur kerajaan, di Parlimen suara kita dibakul sampahkan, bahkan kita telah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan menyuarakan pandangan kita, tapi UMNO masih membisu seribu bahasa seolah-olah tidak ada apa yang berlaku”, tegas beliau.

“Hanya ini sahajalah cara untuk menarik perhatian pihak kerajaan, itu pun secara aman, peserta BERSIH tak lakukan keganasan tetapi yang melakukan keganasan ialah pihak kerajaan”, tambah beliau lagi.

“Saya menyeru kepada pendakwah tersebut membaca kisah ‘Ashabul Ukhdud’ yang dinukilkan di dalam sahih Muslim, di mana seorang pemuda telah mengumpulkan orang ramai untuk menyaksikan kezaliman pemerintah di negara tersebut dan akhirnya ramai daripada penduduk negara itu yang beriman kepada Allah Taala setelah melihat apa yang berlaku”, ujar beliau yang juga merupakan Adun Manir (PAS).

Beliau merujuk kepada kisah ‘Ashabul Ukhdud’ (Sahih Imam Muslim):

(Perhatian: Terjemahan ini adalah untuk kefahaman asas , adapun untuk kefahaman yang lebih tepat sila rujuk teks Arab)

Kemudian pemuda itu berkata kepada raja: “Engkau takkan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku”, Raja bertanya: “Apakah perintahmu?”, Jawab pemuda: “Kau kumpulkan semua orang di suatu lapangan, lalu engkau gantung aku di atas tiang, lalu kau ambil anak panah milikku ini dan kau letakkan di busur panah dan membaca: Bismillahi Rabbil ghulaam (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini), kemudian kau lepaskan anak panah itu, maka dengan itu kau dapat membunuhku”, Maka semua usul pemuda itu dilaksanakan oleh raja, dan ketika anak panah telah mengenai pelipis pemuda itu ia mengusap dengan tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata: “Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)”. Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahawa semua rakyat telah beriman kepada Tuhan pemuda itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang banyak ini. Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya tentang agamanya, jika ia tetap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu.

Maka adanya orang berbaris-baris, dorong mendorong yang masuk di dalam parit api itu, sehingga tiba seorang wanita yang menggandong (membawa) bayinya yang masih menyusu, ketika bayinya diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk dimasukkan kedalam parit berapi itu, wanita itu hampir menurut mereka berganti agama karena sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu, tiba-tiba anak bayi itu berbicara dengan suara lantang: “Sabarlah hai ibuku karena kau sedang mempertahankan yang hak”.

Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib
Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat

One thought on “Dewan Ulamak Kesal Kerana Hukum Demontrasi Ditafsir Luar Daripada Konteks Sebenar

  1. mi ke berkata:

    masa kes video dulu yang perlu 4 saksi tiada pun ulamak itu menyalak dok diam saja..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Julai 2011
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: