DIMANA UMNO DAN PERKASA?

Tinggalkan komen

Julai 15, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri Kedah yang telah mengharamkan operasi  pusat-pusat hiburan seperti – karaoke, pub, disko, dan persembahan terbuka di bulan Ramadhan. Bagi DPPM, tindakan ini bertepatan dengan ajaran Islam yang menegah sebarang perbuatan mungkar atau mengundang kemungkaran dilakukan terutama di bulan Ramadhan.

Dalam kenyataan Menteri Besar Kedah, pusat rekreasi seperti snooker, billiard, cuber cafe, dan bowling dibenarkan termasuk persembahan budaya dan agama masyarakat bukan Islam. Dalam hal ini, DPPM mempersoalkan mengapa MCA harus melenting dan menentang larangan ini. Larangan ini sebenarnya bukanlah menyanggah hak asasi manusia khususnya masyarakat bukan Islam, tetapi adalah sebagai langkah mendidik masyarakat untuk mengelakkan diri mereka dari tercebur ke gejala sosial yang semakin menjadi-jadi. Pemimpin MCA harus melihat kepada realiti yang berlaku dalam masyarakat. Apakah nilai positif yang ingin diambil dengan berleluasanya pusat-pusat hiburan, pub, disko dan kelab-kelab malam selain untuk menambahkan gejala sosial seperti perzinaan, pelacuran, dadah, gangster, pergaulan bebas sehingga membawa kepada kes pembuangan anak. Gejala sosial tidak mengira warna kulit, bangsa atau keturunan. Adakah MCA bangga dengan meningkatnya gejala sosial dan jenayah hasil dari pusat-pusat hiburan pada hari ini.

Selain itu, nilai hak asasi manusia ada batasnya. Segala perkara yang baik dan menjurus kepada kebaikan bolehlah diteruskan. Tetapi, perkara yang boleh memudaratkan atau membawa keburukan tidak boleh dibiarkan. Hiburan dibenarkan tetapi ada batasnya. DPPM menganggap semua agama dan bangsa tidak boleh menerima hiburan yang boleh membaa implikasi buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Sebagai ingatan, larangan ini hanya berkuatkuasa di bulan Ramadhan, iaitu bulan suci umat Islam. Bulan Ramadhan dikenali sebagai bulan amal ibadat. Seharusnya MCA menghormati bulan suci umat Islam ini.

Di dalam isu ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak PERKASA dan UMNO sedangkan mereka sebelum ini kononnya lantang membela agama dan bertindak menyelar PAS yang dikatakan bersetongkol dengan BERSIH 2.0 yang dipengerusikan oleh Ambiga yang dikatakan membela orang murtad sedangkan mereka lupa Ambiga bertindak atas undang-undang yang diluluskan oleh UMNO/BN sendiri.

Ini adalah akibat apabila UMNO yang merupakan parti tunjang di dalam BN tidak menjelaskan Islam yang sebenar sehinggakan selepas 54 tahun merdeka,MCA masih ‘terkapai-kapai’ dalam hendak memahami Islam. Agama hanya digunakan apabila ada kepentingan politik semata-mata.Islam hanya dibibir mereka bagi mengaburi mata rakyat kononnya merekalah pejuang agama. Ini berbeza dengan DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.

Akhirnya, DPPM menggesa UMNO agar menasihati MCA untuk menghormati amalan agama umat Islam. Jangan hanya kerana memenuhi kehendak politik sempit UMNO tidak berani menegur rakan komponennya. UMNO perlu jelaskan apakah nilai Islam sebenar serta larangan dalam Islam, jika benar UMNO memperjuangkan agama Islam di negara ini.

Disediakan oleh;

YB MOHD FIRDAUS JAAFAR

Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Julai 2011
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: