DR.LO’LO – HILANGNYA SEBUTIR PERMATA

Tinggalkan komen

Julai 19, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah dan merasa amat kehilangan dengan pemergian YB Dr.Lo’Lo ke rahmatullah. Ini kerana beliau adalah tokoh yang amat disegani baik dari kalangan rakan Pakatan Rakyat (PR) mahupun BN kerana beliau amat tegas dalam memperjuangkan sesuatu isu.

YB Dr.Lo’Lo meninggal dunia malam ahad yang lepas akibat barah paru-paru di Hospital Selayang dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat semalam.

Sebagai wakil rakyat, beliau amat prihatin dengan rakyat dibawah tanah jajahan beliau. Beliau kerap turun padang dan bertemu sendiri dengan masyarakat bagi menyelami apakah masalah yang dihadapi serta sedaya upaya berusaha menyelesaikan masalah mereka. Sifat beliau yang ramah dan mesra menyebabkan beliau amat disenangi oleh pelbagai lapisan.

Sebagai ahli parlimen, beliau begitu konsisten dalam memperjuangkan isu yang melibatkan kepentingan rakyat terutama dalam mempertahankan tanah Kg.Baru dari di’belasah’ oleh UMNO/BN. Akta Pembangunan Kg.Baru ditentangnya habis-habisan kerana beliau sedar itu tidak lain hanyalah untuk merampas hak tanah orang melayu untuk diberikan kepada kroni-kroni UMNO/BN tanpa memikirkan apa yang akan jadi pada masa hadapan dengan hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Beliau pastinya akan berdebat dengan sesiapa sahaja yang di parlimen bagi mempertahankan tanah Kg.Baru. Jadi tidak hairan kalau antara wasiat terakhir beliau adalah pertahankan tanah Kg.Baru daripada dirampas.

Beliau juga mesra dengan dikalangan ahli parlimen terutama mereka yang lebih muda daripada beliau. Beliau sentiasa menasihati agar pemuda kena tegas. Perlu berani dalam menghadapi ‘musuh-musuh’ politik.Pemuda kena ada sifat kepemudaan. Jangan jadi seperti ‘pondan’ dalam menghadapi musuh. Perlu dampingi orang muda agar dapat memahami kehendak mereka seterusnya menarik minat mereka untuk bersama PAS dalam memperjuangkan Islam. Pemuda harus mendekati golongan muda supaya dapat bombing mereka kearah yang diredahi oleh Allah swt. Orang muda kena pandai baca strategi politik.

DPPM berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan Allah menerima beliau sebagai syuhadah kerana jasa beliau dalam memperjuangkan agama Allah swt tanpa mengira penat, siang atau malam. Walau dalam keadaan sakit sekali pun namun beliau tetap bersemangat untuk berjuang demi untuk melihat agama Islam dimartabatkan di bumi Malaysia ini.

Al Fatihah.

Disediakan oleh;

UST. FIRDAUS JAAFAR

Exco

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Julai 2011
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: