KERAJAAN MELAKA MENGGALAK MAKSIAT

Tinggalkan komen

Julai 19, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengecam tindakan Kerajaan negeri Melaka kerana melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari jam 1 pagi hingga jam 3 pagi. DPPWP kesal kerana Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bertegas dalam hal menjaga urusan agama Islam di negeri itu sehingga sanggup membiarkan aktiviti maksiat berleluasa.

Alasan menyaingi kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit tidak boleh diterima sama sekali. Sebagai ketua kerajaan yang beragama Islam di sebuah negeri, beliau sepatutnya mendahulukan perintah dan larangan Allah lebih daripada kehendak dan permintaan manusia. Sektor pelancongan boleh dibangunkan daripada pelbagai sudut lain yang lebih membawa kebaikan, tidak semestinya dengan pusat-pusat hiburan.

Adakah beliau tahu bahawa pusat-pusat hiburan adalah ibu kepada segala maksiat dan mendorong kepada perlakuan jenayah dimana-mana. Pergaulan bebas, perzinaan, pelacuran, arak, dadah, sehingga kepada perbuatan membuang anak – semuanya bermula di pusat hiburan. Melaka tidak boleh berbangga dengan adanya sekolah untuk wanita mengandung sebagai penyelesaian masalah zina dan pembuangan anak hasil dari gejala sosial,  kerana kemungkaran perlu ditegah, bukan diraikan.

Sepatutnya beliau mengambil contoh bagaimana kerajaan negeri Kedah yang bertegas mahu menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan untuk membendung gejala maksiat di kalangan rakyat di negeri itu, walaupun dibantah keras oleh parti MCA yang menjadi parti komponen BN. Beliau juga boleh mengambil contoh bagaimana kerajaan PAS di Kelantan yang bertegas menjaga agama Islam di negeri itu. Segala bentuk kemungkaran ditegah sama sekali di negeri itu termasuk pusat-pusat hiburan.

DPPWP mendesak agar Ketua Menteri Melaka menarik balik kelulusan melanjutkan operasi pusat hiburan. Sebaliknya, beliau perlu mengawal ketat premis-premis hiburan agar dapat dikurangkan dan dihentikan di kawasan majoriti umat Islam. Jika tidak , jangan pula nanti ada rakyat menggelar Melaka sebagai “Darul Maksiat”.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Julai 2011
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: